Wednesday, July 29, 2015

Hening Puisi PAKSI, Tanjong Sedeli, 25-28 Julai 2015




Hening Puisi Paksi, Tanjong Sedeli 25-28 Julai 2015         



Hening Tanjong Sedeli


gugur dedaun
jiwa pena meratap
peduli rakyat

ombak Sedeli
gelegak roh semangat
Tongkat gemamu

musim berganti
hukum berkarya unggul
bebas yang kemas 

berpesan angin   
tinggi dia berubah
gagah menindas

pasir Sedeli
Samad ke laut lagi
penawar geruh 


Kassim Muhamad
Wangsa Maju.
29 Julai 2015.

No comments: