Sunday, September 27, 2009

"Bila Malam Bertambah Malam"






“Kenapa Ngurah ditjegah kawin?” tanjanja. “ Kita sudah tjukup menderita karena perbedaan kasta ini. Sekarang sudah waktunya pemuda2 bertindak. Dunia sekarang sudah berubah. Orang harus menghargai satu sama lain tanpa membeda-bedakan lagi.”

Dan pada halaman lain novel Putu Wijaya ini, kita temui:

“Ngurah mungkin menjangka dia ayah Ngurah jang sedjati. Sebab dia suami sjah ibu Ngurah. Tetapi dia bukanlah seorang pedjuang. Dia seorang pendjilat. Musuh gerilja. Dia bukan seorang lelaki djantan. Dia seorang wangdu!”

Membaca “Bila Malam Bertambah Malam” Putu Wijaya (Pustaka Jaya, Jakarta 1971), mengingatkan kita kepada sekian banyak bahan yang diterbitkan oleh SIRD, Strategic Information and Research Development Centre, Petaling Jaya yang membukukan perjuangan manusia-manusia seperti Shamsiah Fakeh, Rashid Maidin, Fong Chong Pik atau Baharuddin CD dan lain-lainnya. (Lee Ban Chen memuatkan kisah Rashid Maidin dalam tiga buah bab koleksi rencana kritisnya “Bagaimana Keris Diganti Dengan Merpati?” Oriengroup Sdn Bhd, Kuala Lumpur, 2008 )

Apa lagi dalam BMBMnya Putu Wijaya ini?

Kata Putu Wijaya, versi rasminya (apakah ini juga pandangan masyarakat umum?) sentiasa menghebahkan bahawa I Gusti Ngurah Ketut Mantri adalah pejuang@wira yang gugur tatkala menentang penjajah Belanda. Dan versi rasminya itu juga menyatakan bahawa Ngurah adalah anak kandung hasil perkahwinan sang wira tersebut dengan Gusti Biang. Namun Wajan, lelaki tua pikun yang menjadi pesuruh seumur hidup dan kekasihnya Gusti Biang yang bangsawan itu mengetahui semuanya...tentang rahsia ‘pejuang’ yang khianat-impoten yang memiliki lima belas orang perempuan simpanan demi untuk menutup ketidakjantanannya yang sebenar.


Demikianlah sejarah. Apakah benar, ia sentiasa dan hanya ditulis oleh mereka yang menang?


Glosari:

Gusti Biang, panggilan kepada njonja bangsawan
Ngurah, lengkapnya I Gusti Ngurah, gelar para bangsawan, dengan Anak Agung
Wajan, sebutan untuk anak nombor satu
Wangdu, impoten.
Pendjilat(penjilat), pengampu, pembodek






2 comments:

Anonymous said...

Nak tahu, novel Bila Malam Bertambah Malam inilah yang menjadi rujukan saya bagi setiap novel berunsur politik dan bangsa. Dalam sanggeetha pun ada sikit pengaruhnya dari segi gaya bahasa.Rugi kalau tak baca. Tapi sdra nampaknya telah menghayati, bukan sekadar membaca.

azizi

Anonymous said...

Sdr. Azizi,

Terima kasih di atas ulasan tuan. Pada pandangan saya dalam kehidupan ini, tidak ketinggalan sejarah perjuangan kemerdekaan tanah air kita berapa ramai pejuang tulen yang terkorban dan dikorbankan oleh pelbagai pihak. Namun yang jelas, para pejuang tulen ini tetap unggul kerana tidak rela dijajah jiwa raganya.

Rasanya BMBMnya Putu Wijaya telah menggarap persoalan ini dengan baik sekali.

Sekali lagi. Terima kasih.

Kassim Muhamad.