Setiap kali mengunjungi Pasar Siti Khadijah, kelihatannya Dinsman tidak boleh tidur nyenyak jika tidak bercakap tentang “jamban yang lebih besar daripada Pasarnya!”
“Tengoklah saiz tandasnya!” Itu yang disebut-sebutnya walaupun seribu kali kami melewati tandas itu. Ya, bagi saya jamban itu sudah jadi semacam simbol nafsu besar untuk menyatakan bahawa kamilah pencipta pembangunan di negeri ini.
Satu ketika kami ke Gunung Stong. Saya juga cukup tertarik dengan iklan yang seolah-olah mahu mengumumkan kepada seluruh dunia ini: Kamilah jaguh pembangunan....ya, termasuk tandasnya.
Demikianlah wajah politik kita. Mereka yang sekian lama berkuasa mahu terus berlumba-lumba memberitahu rakyat: Hatta tandas sekali pun kami mampu bangunkan. Malah kami mampu membangunkannya dengan skala yang jauh lebih besar, dengan lebih gagah dan lebih megah...
Lalu tatkala ada wira yang terus-terusan menjerit-jerit kenapa kita semua perlu segera banteras politik tandas ini, kita semua telah terlupa untuk terkejut. Beruk-beruk juga mudah lupa bagaimana mahu terkejut. Mungkin kita perlu bertanya kepada yang maha arif bagaimanakah caranya. Kita perlu bertanya akan formulanya memberantas politik tandas ini kepada yang paling lama@paling arif memerintah negara ini.
Dan apabila sehari dua ini, orang ini terus saja menyebut bahawa ISA, Sami tidak layak kerana pernah terpalit dengan politik tandas, kita pun tidak tahu apakah mahu menangis atau ketawa?
1 comment:
Hoi, pasal tandas ni, kena jenguk tandas pejabat pas, tandas markas pas, tandas di mana orang pas kencing dan berak.
tak ada satu yang selesa.
mujur tandas siti tu, selesa.
azizi abdullah
Post a Comment