Sunday, April 18, 2010

Perihal seniman yang tak berfikir



Ini satu lagi cerita Pak Shukur Harun selepas mesyuarat sebuah Jawatankuasa seni dan budaya di Shah Alam. Kata Pak Shukur seorang pengarang salah sebuah majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka pernah menulis bahawa P. Ramlie tidak berfikir semasa berkarya. Pandangan itu, kata Pak Shukur dimaklumkannya kepada Allahyarham TS P. Ramlie.


“Kau balas begini, Shukur, bagaimana aku boleh mengarah filem kalau aku tak berfikir?”


Saya lupa bertanya, apakah Pak Shukur menjawab tuduhan@kritikan tentang tak berfikirnya P. Ramlie semasa berkarya, sepertimana yang diminta Almarhum. Kita juga tidak tahu sama ada mantan pengarang majalah DBP ini masih ingat akan tuduhannya dulu.



Ada satu perkara yang tidak pernah dinafikan orang tentang seniman agung kita ini ― karyanya sentiasa malar segar dalam masyarakat. Dan semua orang sentiasa terhibur setiap kali menonton hasil karyanya.



Dengan tertayangnya “Bila Musang Berjanggut” di salah sebuah stesen TV kita sekarang ini, saya teringat akan pemerhatian Dinsman:



“Siapakah yang boleh mengkritik Raja sepertimana yang dikritik oleh Almarhum? Yang paling menarik, semua orang ketawa!”



Ada Dinsman, memang ada. Ada yang bukan saja mengkritik, malah telah melondehkan habis segala yang Raja tatkala melawan Raja. Kini mantan itu terus berdegar-degar membicarakan tentang formula memperkasakan Melayu!



Betapa loghatnya politik kita di bawah orang-orang yang loghat-loghat.



No comments: