Wednesday, May 12, 2010
Bersama TGNA di JKR 10
Kata TGNA:
“Saya nak beritahu adik kakak, sejak daripada kita pegang negeri ini tahun 1990 lagi sampai sekarang ini kerajaan pusat kirim bala tentera dia yang bernama JPP (Jabatan Pembangunan Persekutuan).
Kita buat tok penghulu, dia buat tok penghulu.
Kita lantik tok penghulu, dia lantik tok penghulu.
Kita buat tok penggawa, dia lantik tok penggawa.
Kita buat DO, dia buat DO.
Kita lantik MB, dia lantik MB.
Dulu dia kata kita dua tok imam.
Sekarang dia serba dua. Tok penghulu dua, tok penggawa dua, MB pun dua juga.
Berapa juta duit kawe setahun-tahun habis kerana gaji orang-orang ni, sedangkan kerja ini kerja membazir dunia akhirat.
Bila rakyat Kelantan sudah memilih Angkatan Perpaduan Ummah, mengapa dia hendak cuba-cuba lagi duduk di sini?
Tidak ada negeri yang demokrasi di dunia ini orang buat kerja macam ini”
(Sumber: Kelantan Universiti Politik Terbuka, 1995, hal 149- 150)
Kepada para peminat Umno yang belum membaca buku di atas, elok juga beli/cari dan baca. Paling tidak para pencinta parti Melayu ini mengerti makna demokrasi.
Harap-harap para pencinta Umno dapat memiliki juga:
"Sepuluh Tahun Membangun Bersama Islam"
Amatilah dan bandingkan bagaimana parti yang satu ketika dulu mereka cap sebagai milik Tok-Tok Lebai memerintah.
Labels:
budaya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment