Tuesday, May 11, 2010

Rasputin dan Rasputina di bawah dagu negara


Setiap pemerintahan ada Rasputinnya


Masih ingatkah kepada Rasputin ― atau Grigory Efimovich anak petani kelahiran jajahan Tobolsk, Siberia tahun 1869 yang mentakdirkan dirinya untuk bermaharajalela di Russia dalam era Revolusi Bolshevik 1917? Ya, Rasputin sang paderi gila, ‘the mad monk’ sasaran puncak kebencian rakyat jelata Rusia ketika itu.


Benar, Rasputin bermula sebagai seorang paderi yang terlupa akan tanggungjawabnya terhadap keluarga kerana keghairahan melampaunya mencapai ‘maqam’ manusia warak. Apa pun yang mahu kita katakan, sebenarnya pengaruh kewarakan dan ‘ketabiban’ itulah yang membolehkan Rasputin meletakkan dirinya di tengah-tengah tampuk kuasa empire Rusia.


Dan apa pun label yang telah diberikan kepadanya, Rasputin telah menemui laluan ajaibnya sehingga membolehkan dia berada di tampuk kekuasaan ketika itu ― istana Czar Nicholas. Dan orang yang paling dekat yang berjaya didekati untuk dipengaruhi ialah permaisurinya, Czarina (Empress) Alexandra Fyodorovna. Di antara kaedah penyusupannya khabarnya ialah dengan menggunakan pengaruh para wanita yang dekat dengan pihak istana, iaitu sang Czarina.



Khabarnya puncak kepercayaan ialah kehebatan@kejayaan Rasputin mengubati putera raja@pewaris takhta, Alexis Nikolayevich yang menghidap penyakit haemophiliac, (darah tidak mampu membeku sehinggakan pesakitnya mungkin mati kerana perdarahan yang berterusan). Ada yang mengatakan Rasputin telah menggunakan kaedah memukau untuk berubat. Apa pun cara dan kaedahnya, yang jelas Rasputin telah menjadikan dirinya orang kepercayaan istana, seorang confidant yang sangat berharga dan tentunya sangat berpengaruh.

Semasa Czar Nicholas bermatian-matian di garis depan dalam medan Perang Dunia Pertama tahun 1914, Rasputin sibuk mencaturi politik dan pentadbiran Rusia. Melalui Czarina, Rasputin berjaya meletakkan orang-orangnya untuk menguasai pentadbiran istana dan negara. Malangnya kebanyakan orang-orang ini sangat tidak kompeten.


Dan di luar istana, penderitaan rakyat jelata terus memuncak. Rakyat melihat dengan jelas peranan paderi gila ini. Rakyat yang menderita dan kelaparan sangat marah dengan keadaan ini...


II) Apakah yang dapat kita pelajari?


Oleh sebab manusia adalah manusia, yang memiliki hawa nafsu serakah yang kerap kali tidak terbendungkan, maka tidak hairanlah jika peristiwa-peristiwa yang kita baca dari lembar-lembar sejarah seperti kisah Czarina dan Rasputin ini berulang lagi di tempat lain, di zaman yang lain pula dan oleh para pelaku yang baru@lain pula. Kenapa? Ya, manusia adalah manusia kecuali mereka memilih untuk berpandukan peraturan Ilahi. Nur Ilahi inilah yang bakal menyuluh jalan sehingga hawa nafsu serakah berupaya dijinakkan. Manusia yang percayakan kepada yang ghaib kerap kali adalah manusia jinak jiwanya.


Itu persoalan sekitar lingkungan diri ― individu. Bagaimana pula dengan masyarakat?

Apakah kita tidak Rasputi-Rasputian dalam kalangan kita. Kalau ada mau kita apakan?

Kita menjadi pemerhati - ya pemerhati saja?


No comments: