Tuesday, May 4, 2010
Peristiwa 1968
Peristiwa 1968: Pengalaman hitch hiking pertama bersama Muhammad Afifi Mukthi
Dalam tahun 1968, tatkala menuntut di tingkatan enam rendah (sains), di Sekolah Menengah Ibrahim, Sungai Petani, Kedah, salah satu masalah yang kami para pelajar hadapi ketika itu ialah ketiadaan guru. Kedua-dua kelas sains, baik kelas biologi maupun kelas matematiknya, kami ketiadaan guru Fizik hampir-hampir setengah tahun.
Saya mencadangkan kepada seorang teman sekelas, bagaimana kalau kami memberanikan diri untuk ke ITM, untuk mencari peluang melanjutkan pelajaran di sana.
Tatkala menggunakan bilik air yang dikhaskan untuk para staf sahaja, kami terserempak dengan pengarahnya Arshad Ayob. Ya, Tan Sri Arshad Ayob yang mahu pelajar-pelajar Melayu di ITM belajar makan roti. Sebenarnya para pelajar tidak dibenarkan untuk menggunakan bilik air yang khas ini. Diringkas cerita, keinginan kami tidak direstuinya kerana ‘kamu berdua sudah ada tempat di tingkatan enam sekolah Kerajaan’ dan dinasihati supaya membuat rayuan kepada wakil rakyat agar segera mendapatkan guru Fizik tersebut.
Peristiwa 1968 ini sukar dilupakan dan setiap kali saya melewati bandar Tapah, saya sentiasa teringat bagaimana kami berdua dibenarkan menginap di balai polis lama yang kini tidak digunakan lagi. Bangunan ini kelihatannya sangat uzur dan mungkin menunggu saatnya untuk dirobohkan.
Sehari sebelumnya, kami menumpang di rumah sebuah keluarga, di Kampung Kedah, Parit Buntar, Perak. Kata teman saya, dia pernah menziarahi pemilik rumah yang satu ketika dulu tanpa ragu-ragu pernah membenarkan dan melayan kami sebagai tetamu mereka, walaupun kami adalah orang asing yang tiba-tiba saja muncul di halaman rumah mereka. Saya juga pernah ziarahi kampung itu, malangnya tidak ada sesiapa lagi yang mengingati peristiwa itu.
Saya tidak tahu apakah Afifi yang pernah/masih? mengajar di Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, UTM Skudai ini teringat lagi saat-saat kami bersusah payah ke ITM termasuk bermalam di balai polis lama ini Teluk Intan ini?
Ada beberapa perkara yang sesekali terlintas, di benak. Antara lain:
i) Apakah kita, ibu bapa yang hidup dalam abad ke 21 ini akan membenarkan anak-anak kita berbuat sepertimana yang telah kami lakukan dalam tahun 1968 itu?
ii) Apakah kita semua mampu menjadi sebaik dan sepolos keluarga di Kampung Kedah, Parit Buntar itu?
iii) ITM telah melahirkan sekian ramai profesional Melayu dan ramai yang kini menjadi kaya raya. Agaknya berapa ramaikah di antara mereka yang kaya raya ini yang sudi kembali berjihad untuk seluruh umat manusia, lebih-lebih lagi yang tinggal di bumi 1 Malaysia ini?
iv) Apakah Zaid Ibrahim, seorang graduan ITM yang berjaya sebagai seorang profesional yang pernah berkata bhawa ‘Saya pun Melayu’ akan kembali lagi ke Hulu Selangor?
Labels:
budaya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment