PRM menentang penghalalan judi bola
Pada kajian Parti Rakyat Malaysia (PRM), perjudian bola sepak atau perjudian yang lain di neagra ini boleh dibahagi dalam 3 jenis.
Pertama, judi sebagai permainan atau hiburan yang dimainkan sesekala antara anggota sekeluarga atau antara kawan-kawan; kedua, perjudian setempat yang berorganise tetapi haram dan beroperasi secara kecil-kecilan, dan ketiga perjudian berorganise dan halal tetapi dikelolakan secara besar-besaran, biasanya jenis ini dikelolakan oleh bisnes atau syarikat besar.
Daripada analisis di atas, PRM menentang penghalalan judi bola dan judi lain sangat jelas kerana kegiatan ini tidak produtif dan meruntuhkan nilai baik masyarakat . PRM menentang perjudian jenis kedua dan ketiga. dan sebagai menyahut seruan Menteri Dalam Negeri yang meminta parti-parti yang menentang menolongnya membanteras perjudian bola dan jenis lain yang giat beroperasi di pasaran gelap (black market).
Maklumlah umum bahawa perjudian jenis kedua dan ketiga yang tersebut di atas sudah lama wujud, dan perjudian jenis kedualah yang selalu dibanteras oleh pihak berkuasa kerana haram.
PRM hendak bertanya, mengapa perjudian jenis kedua yang selalu dibanteras oleh pihak berkuasa tetapi masih tidak lenyap, sebaliknya makin hari makin berkembang dan subur, sehingga meresap ke merata tempat?
Jawapannya amat jelas, perjudian berleluasa ekoran daripada rasuah berleluasa. Sebenarnya, kedua-dua rasuah dan perjudian ini adalah abang adik, mara serta membesar bersama.
Oleh itu, apa yang PRM menentang ialah perjudian yang disuburkan oleh perbuatan rasuah itu sekarang hendak dihalalkan pula.
Pada pandangan PRM, rakyat Malaysia membantah sekeras-kerasnya penghalalan perjudian bola adalah menentang perjudian jenis yang ketiga tersebut di atas, jenis ini dikelola secara teratur dan besar-besaran. Pada hal penghalalan perjudian bola akan menggalakkan dan meningkatkan kegiatan perjudian haram.
Kesimpulan daripada pemerhatian PRM selama ini terhadap perjudian yang dihalalkan seperti nombor empat ekor dan casino ialah penghalalan perjudian bukan sahaja tidak dapat mengurangkan kegiatan perjudian haram, bahkan penghalalan ini telah menjadikan perjudian yang masih haram ini boleh beroperasi seakan-akan halal. Oleh itu, perjudian bola haram akan terus bergiat, malahan bermaharajalela sehingga ke seluruh pelosok negara.
Mereka yang menang di pasaran gelap sekarang boleh bertukar tiket dengan mereka yang menang di pasaran halal, iaitu menggalakkan cuci wang ringgit (money laundering), ekorannya ialah yang haram berubah menjadi halal.
Dari sudut ini, boleh dikatakan judi haram tidak haram lagi. Kesan buruk dan negatif penghalalan perjudian terhadap masyarakat memang teruk dan serius, dan terdapat di merata tempat. Masyarakat kita makin korup, dan rasuah sogok berleluasa, along lebih aktif dan bisnes mereka akan melambong naik.
Oleh itu, PRM menentang habisan-habisan penghalalan judi bola dan judi lain macam nombor empat ekor dan kasino di Genting Highlands.
Jika kita hendak membanteras perjudian dengan berkesan, negara ini memerlukan kerajaan dan pasukan penguatkuasa yang bersih dan tidak rasuah.
Yang benar,
Koh Swe Yong
Setiausaha Agung
No comments:
Post a Comment