Friday, July 16, 2010

Carl dan Ben tentang harga gula

Carl: Bapa randuk
Ben: Kerbau Gedempol
Bik Gede: Isteri Tok Ketua

Satu pagi di tepi kubang belumpur. Ben, seperti biasa, lagi selesa ― berkubang.
Carl meragut-ragut di tebing kubang.


Carl: Gula, petrol dan disel naik lagi mulai semalam.
Ben tidak berikan perhatian.

Carl: Kau dengar Ben, harga gula naik lagi.
Ben terus membalik-balikkan badannya ke dalam lumpur yang berminyak

Carl: Hoi Ben, Bennnnn. Harga bahan bakar naik lagi semalam.

Ben: Tak apa harga lumpur tak naik.




No comments: