Thursday, July 8, 2010

Soalan demi soalan..



Soalan demi soalan dan seruan “Marilah kita berkata benar!”


1)

Harun Yahya dalam “ Jangan Beralasan Anda Jahil” (Harun Yahya, 2003: pengenalan) bertanya soalan berikut:

“Semasa melaksanakan rutin seharian, ada tak kemungkinan anda bersikap tidak kisah kepada perkara-perkara lain yang penting dalam hidup anda? Dalam kehidupan seharian anda, ada tak kemungkinan anda terlupa, tidak perasaan atau pura-pura tidak mengetahui perkara-perkara penting?

Jawapan yang sepatutnya diberi oleh setiap orang ialah “Ya”. Ini adalah kerana kebanyakan orang tidak berfikir atau merenung banyak perkara yang ada kaitan dengan kehidupan mereka. Sebagai permulaan, cuba anda fikirkan perkara yang berikut:

Ketika sedang membaca buku ini di dalam sebuah bilik, sedarkah anda bahawa banyak kejadian yang menarik sedang berlaku? Sebagai contoh, pernahkah anda terfikir anda sedang bergerak selaju 1,670 km/jam di angkasa?


Atau, sebagai seorang insan, iaitu satu-satunya makhluk yang telah dianugerahkan dengan fakulti akal ― sedarkah anda bahawa wujudnya ketetapan yang sempurna di alam semesta ini?

Sudah tentu terdapat beratus-ratus soalan lain yang sedemikian yang boleh anda tanyakan diri sendiri.”

2)

Sementara itu T.Z. Lavine, 1984 dalam introductionnya bertanya:


Do you sometimes ask, what is reality and what is mere surface appearance? Is this material thing, this rock, real? Is the world of physical things real..?

Atau, selanjutnya dia bertanya lagi:

Do you sometimes ask, what can we know? Is there any truth that we can believe? Is a statement true only if is based on what your senses tell you, or what you can see or touch?

Dan pada bahagian lain dalam pengenalan bukunya, Elton Profesor of Philosophy at George Washington University ini, bertanya lagi:

Do you sometimes ask, what is the best kind of government?
Do you sometimes ask, does human hsitory have any meaning?

3)

Sementara Seyyed Hossein Nasr, 1993: 179 dalam membicarakan tajuk “Modern Western Philosophy and Schools of Thought” pula menyebut:


“Many Western historians have studied Islamic philosophy and Islamic intellectual history on the basis of their own philosophical assumptions, but very few Muslims have done the reverse, that is, study the West from the point of view of the Islamic tradition. Yet it is this study which is essential in order for the Islamic intellegensia to be able to have a deeper understanding Western civilisation and of modern thought which both directly and indirectly through science, modern education, as well as social, economic, and political instituitions are having such an impact upon the Islamic world today.”


4)



Mengapa memetik semua ini? Entah kenapa perkara-perkara ini masih berlegar-legar dalam kepala:

Akan Rahman Shaari dengan teori anjakan maknanya.

Ya, teringatkan pandangan Rahman Shaari yang sarat teori Barat dan ― tentunya teori anjakan maknanya dalam membincangkan persoalan ‘berkata benar’ itu. (Mutakhir hujah Rahman Shaari telah disambut oleh Shirzad Lifeboat dalam Harakah bilangan 1554).

Teringat bagaimanakah jadinya jika kerja-kerja dakwah kita menmanfaatkan sepenuhnya saranan Seyyed Hossein Nasr ‘melihat Barat dari sudut Islam’.

Kita amat yakin bahawa ramai di luar sana sangat bijak dalam hal-hal begini. Bolehkah kita membaca tulisan mereka? Atau kita perlu kembali ke pusat pengajian tinggi? Atau semua itu tak perlu kerana ramai yang alim-alim dalam hal ini?

Apakah ilmu ini hanya sekadar untuk dihujah dan berhujah ― sukan minda dan bukannya untuk amalan?

Wallahuaklam.


Harun Yahya, 2003. Jangan Beralasan Anda Jahil. Kuala Lumpur: Saba Islamic Media.
Penterjemah: Rozalli Hashim dan judul asalnya: Never Plead Ignorance. Laman webnya: http://www.harunyahya.com

T.Z. Lavine, 1984. From Socrates to Sartre. New York: Bantam Books.

Seyyed Hossein Nasr, 1993. A Young Muslim’s Guide to the Modern World. Kuala Lumpur: Islamic Book Trust.



No comments: