KRITIKAN NOVEL “ZIKIR RINDU”
PENULIS: Azizi Abdullah
1. Membaca novel “Zikir Rindu” (ZR)
- Menggerakkan hati pembaca untuk menelaah dan menghayati tuntutan maksud ayat-ayat Alquran yang disebut sepanjang penceritaan (13 ayat dari 12 surah) pada halaman-halaman 10, 17, 50, 96, 114, 159, 163, 183 dan 190 serta hadis Nabi riwayat Abu Daud (hal. 47) dan Bukhari bersama Muslim (hal.112).
- Menarik pembaca mengenali beberapa istilah atau terminologi dalam disiplin ilmu tasawuf seperti zauq, sir, ghaibul-ghaib, falakul-aflak, kasyaf, laduni, alam majzub, alam ‘sir’, tasawal (atau tasawwul?), wali, firasat, muraqabah, mahabah, mujahadah, musyahadah, kolam makrifah, kolam mardiah, fana fillah, baqa billah, jasbah, bai’ah, salik, makrifah, lauwamah dan tahqiq.
- Mengajak pembaca meluaskan perbendaharaan kata dalam bahasa Melayu seperti jongos, menyela-nyela, ruyup, mengersul, pikun, jelira, rawit-rawit, perempuan gelandangan, kusam, berbinau-binau, berjejal-jejal, membianglalakan, memarap-marap, mengebamkan, mengelus, mengkerekau-kerekau, kejur, menunjal dan mengaling-aling.
- Mengheret pembaca kepada kelemahan pengeditan sehingga terdapat beberapa kesalahan cetakan seperti pada perkataan ‘keizinan’ (hal.48), tasik ‘kauthar’ (hal.103), ‘kemurniaan’(hal.111), ‘stetoskop’ bukan ‘teleskop’ (hal.161), ‘tahap’ (hal.178), dan paling teruk pada sebutan Nabi Musa yang dicetak sebagai Nabi Muda (hal.189).
- Membuat pembaca terjentik minda, terusik rasa untuk bermuhasabah diri pantas mengambil inisiatif mencari makna dalam hubungan cinta dengan Penciptanya.
2. Kealpaan Penulis
· “... Kaunseling pun dua kali lima. Aku mendapat tahu sesetengah kaunselor itu pun sering bermasalah dengan bini. Bininya yang cemburu dan bermulut murai pun tidak dapat dibetulinya.”
Komen:
Kaunseling bukan untuk ahli keluarga terdekat sebab dalam kaunseling ada konsep penerimaan tanpa syarat, empati, ‘counter-transference’ dan lain-lain. Mana mungkin seorang kaunselor dapat mengkaunsel isteri yang sedia ada pertalian emosi dan kasih sayang yang begitu intim dan mendalam. Isteri kaunselor harus mendapat khidmat kaunseling daripada kaunselor lain. Kalau isteri seorang ustaz tidak dapat dibentuk menjadi isteri yang solehah barulah sebahagian kesalahan itu boleh diletakkan ke atas bahu suaminya kerana dia seorang ustaz.
·
Melalui novel ZR, penulis cuba membawa pembaca meneroka ke alam ma’arifah, alam mengenali Tuhan, Pencipta segala makhluk. Anehnya, seluruh hidup penulis dikorbankan untuk watak perempuan bernama ‘Dee’ yang juga telah lebih dahulu berkecimpung dalam bidang tasawuf sejak suaminya sakit tua. Kurang relevan rasanya Dee mengungkapkan kata-kata melalui lagu kasihnya (hal.166) begini: “Hidup matiku hanyalah untukmu...” kerana cinta kasihnya buat penulis sedangkan dalam mencari Tuhan, sepatutnya ungkapan itu berbunyi seperti mana dalam doa iftitah yang kita baca.
· Tarikh atau sejak bila penulis bertemu dengan Dee secara tiba-tiba dalam kereta api dari Kuala Lumpur tidak pernah dinyatakan dengan tepat. “Sangat lama aku memikirkan tentang aku. 60 tahun lebih yang bergerak ...” (Hal.2). “Akulah umpama seekor kera sakit di hujung dahan yang ...” (Hal.3). “Seekor kera tua yang sakit, masakan ...” (Hal.3). “Inilah kehidupan tua di hujung usia dan ...” (Hal.3). “Tidak sangka pula ketika aku berazam menafikan semua hal dalam hidup ini, aku bertemu dengan seorang perempuan yang usianya lebih muda daripadaku ... Bayangkan jika dalam usia tua begini, tiba-tiba aku didampingi oleh seorang perempuan muda ...” (Hal.5). “Dee datang ketika aku sedang belajar tentang erti hidup sebagai seorang tua.” (Hal.6).
Ulasan:
Semua fakta di atas menggambarkan pertemuan penulis dengan Dee berlaku dalam ruang waktu ketika penulis berusia 60 tahun lebih.
“Maka sejak itu, dia terus menyepi tanpa dapat kukesani. Padahal sebelum itu aku cukup lama berhubungan, berinteraksi dan berdialog dengannya melalui telefon hingga jauh malam.” (Hal.8).
“Dee tidak kutemui. Aku cuba mengesan tapak kasut Dee puluhan tahun nan lalu, tetapi tapak itu telah bertukar kepada selut-selut teknologi. Masa juga yang merobahnya.” (Hal.9).
Ulasan:
Bilakah penulis bertemu dengan Dee dalam kereta api?
“Maka sejak itu, dia terus menyepi tanpa dapat kukesani. Padahal sebelum itu aku cukup lama berhubungan, berinteraksi dan berdialog dengannya melalui telefon hingga jauh malam.” (Hal.8).
“Dee tidak kutemui. Aku cuba mengesan tapak kasut Dee puluhan tahun nan lalu, tetapi tapak itu telah bertukar kepada selut-selut teknologi. Masa juga yang merobahnya.” (Hal.9).
Ulasan:
Persoalan tentang bilakah penulis bertemu dengan Dee secara kebetulan itu masih menjadi tanda tanya
“Aku pun masuk ke rumah. Sepi dan kosong kerana tidak ada yang lain, melainkan aku. 44 tahun masih lagi membujang, menunggu Dee yang tak pernah beri jaminan sejak berjumpa dulu.” (Hal.109).
Ulasan:
Fakta ini menggambarkan pertemuan dengan Dee berlaku ketika penulis berumur sebelum 44 tahun.
“Benarlah Dee yang kutemui di atas kereta api beberapa tahun yang lalu. Inilah dia bayang ilusi daripada halimunan yang membawa aku derita sekian lama.” (Hal.135).
“Maka aku pun mengatur langkah, memaksa diri dan lagak, tidak seperti lelaki tua berusia 60an lebih. Aku aturkan setapak demi setapak. Tapi nyata aku tidak dapat melindungi ketuaanku.” (Hal.136).
Ulasan:
Sekali lagi, ketika umur berapakah penulis berjumpa Dee? Adakah ketika berumur akhir 50an?
“Yang nyata, memang Dee... ketika aku bertemu secara tiba-tiba di dalam kereta api dari Kuala Lumpur ke Butterworth tiga tahun lalu.” (Hal. 194).
Ulasan:
Kalau benar penulis berjumpa Dee tiga tahun dulu, bagaimana pula dengan peristiwa Dee terserempak dengan penulis bersama seorang perempuan yang bukan isteri penulis (hal.8). Sejak hari itu Dee tidak menghubungi penulis lagi. Penulis kata Dee kenal isterinya. Bagaimana kenal kalau isteri penulis sudah lama meninggal iaitu sebelum terjumpanya Dee secara tiba-tiba dalam kereta api?
· “
Petang Ahad, ketika aku ke sebuah pasar raya...aku bertembung dengan seorang perempuan yang seakan-akan kukenal. Tetapi tidak berapa pasti pula kerana seluruh mukanya berjilbab. Aku rasa seperti dia senyum dan aku tergamam.”(Hal.134).
“Aku pula tidak dapat membaca air mukanya kerana seluruh wajahnya dilitupi jilbab.” (Hal.135).
Ulasan:
Kenyataan-kenyataan bergaris di atas begitu kontradik.
“Hah... aku kenal! Aku kenal. Dia pasti Dee.” (Hal.135).
“Dee ketawa dengan bibirnya yang sering rapat terkatup itu. Aduhai... manis sekali.” (Hal.137)
Ulasan:
Nampakkah bibir Dee yang terkatup sedangkan Dee pakai jilbab? Adakah episod pertemuan di pasar raya petang itu berlaku dalam halusinasi penulis semata?
·
“Kerana gelisah dan kacau fikiran, kecewa dengan kegagalan mujahadah, aku mengambil keputusan ke tepi pantai yang hanya 60 km saja dari rumahku.” (Hal. 117).
“Maghrib sudah dekat. Orang hendak mendekati Allah, bukan masanya berada ditepi laut ketika itu. Lalu aku pun berundur.” (Hal. 120).
“Selesai sembahyang maghrib, ketika aku berwirid dan berzikir dengan lisan dan hati... deringhan telefon tiba-tiba berbunyi.” (Hal. 121).
Ulasan:
Fakta-fakta di atas menggambarkan jarak rumah penulis dengan pantai ialah 60 km. Masakan penulis sempat tiba di rumah untuk solat maghrib sedangkan ketika senja hampir berlabuh, dia masih lagi berada di tepi pantai? Kalau penulis bersolat maghrib di rumahnya pada hari yang lain, itu logik.
·
“Tetapi aku tetap yakin masalah (hakikatnya ALLAH) yang memberitahuku bahawa akulah yang dituakan oleh masa.”... “Bukankah masa atau DIA yang membuatkan aku jadi begini?” (Hal.14).
Ulasan:
Jadi masa itu adalah Dia, Allah? Begitu?
· Kepelikan suasana yang dialami penulis. Semua yang dilihat (atau dirasa?) dalam keadaan terbalik. (Bab 18).
Ulasan:
Tidak cukupkah apa yang diperlihatkan pada Nabi semasa mikraj sehingga penulis terpaksa mengimajinasikan segala kepelikan yang dilihat semasa zauq?
· Bagaimanakah cermin setinggi lebih daripada 9 kaki atau 3 meter (hal.22) dapat dibawa balik dengan kereta (hal.18)?
3. Tema, Persoalan dan Watak
Bagi penulis, semua persoalan di atas bukanlah isu besar dalam ZR. Bilakah dia bertemu dengan Dee dalam kereta api bukan persoalannya. Begitu juga persoalan bilakah isteri penulis meninggal, sama ada selepas atau sebelum bertemu dengan Dee juga tidak penting.
Yang pentingnya ialah peranan Dee yang selalu mengajak penulis dengan pelbagai helah dan cara ke alam fana dan zauq.
Sebenarnya, penulis ingin mengutarakan satu gagasan persoalan kemanusiaan yang lebih besar. Melalui watak Dee yang aneh dan penuh misteri (hal.6), penulis berjaya membawa pembaca kepada pokok persoalan yang utama. Namun, untuk tiba ke destinasi itu perlu menempuh pelbagai ranjau teka-teki, uji ingatan, duga perasaan, semak persepsi dan siasat sendiri. Segalanya bermula sejak detik pertemuan penulis dengan Dee secara tidak dirancang.
Walaupun Dee hanya sekadar watak igauan penulis yang selalu dimimpi-mimpikan, watak ini berjaya digerakkan sehingga ke hujung cerita. Teknik suspens milik penjual ubat yang menyatakan bahawa dalam bakulnya ada ular tedung selar ganjil berwarna putih yang sampai sudah-sudah tidak ditunjukkan telah berjaya digunakan penulis. Unsur suspens inilah sentiasa menghambat pembaca untuk mengetahui siapakah perempuan yang bernama Dee, sekali gus mendorong pembaca terus mengikuti penceritaan hingga ke bab penyudah.
Naluri ingin tahu pembaca dieksploit sehabis-habisnya dengan teknik penceritaan secara langsung yang diselang-seli dengan teknik imbas kembali. Pembaca ingin tahu siapakah insan bernama Dee yang penulis begitu ghairah dan berahi terhadapnya (hal.19). Dee adalah jantung fikir penulis (hal.49). Dee dianggap sebagai kekasih penulis (hal.118).
Malah Deelah yang selalu dicari dan ditunggu-tunggu dengan penuh kerinduan semasa berada dalam fana dan zauq (hal.135). Apa yang ingin diketahui akhirnya terjawab di hujung cerita. Dee tidak pernah wujud di alam nyata. Penulis tidak pernah pun berjumpa dengan Dee walau sesaat jua. Yang ditemui hanyalah dalam khayalan penulis semata. (Hal.194).
Penulis begitu berjaya mengungkap dilema pemikiran dan perasaan orang tua dalam ZR, seorang tua ketika meniti kehidupan di hujung usia yang dahulunya tidak dipenuhi dengan usaha mendekatkan diri dengan Tuhan. Memanglah hidup di dunia ini kurang menarik tanpa tiga perkara iaitu agama, politik dan seks, kata seorang bekas ahli politik tempatan. Segala yang mempunyai tarikan seksual dikutip penulis untuk menghidupkan watak Dee sebagai wadah dalam pencariannya mengenali Tuhan.
Pengaruh Dee dalam ZR begitu penting. Kemunculannya sejak bab 1 lagi (hal.5) telah menyuntik semangat penulis untuk mencari Tuhan melalui ilmu tasawuf, walaupun penulis tidak berhasrat menjadi seorang sufi (hal.131). Dee berjaya memainkan emosi penulis (atau penulis yang berjaya melakarkan watak Dee?) untuk terus bangun malam lalu terjun ke alam makrifah, suasana fana dan zauq kerana Dee berjanji bahawa dia akan menunggu penulis di sana.
Setelah penulis nampak jelas akan matlamat yang hendak dituju, tanpa berlengah penulis mengajak pembaca mula berjinak dengan ilmu tasawuf melalui ungkapan dan kalimah yang mewarnai bidang tersebut. Secara perlahan-lahan, penulis mengajak pembaca meninjau ke batasan sempadan tasawuf melalui kalimah asyik dan fana seawal bab 5 (hal. 23).
Sebelum ini pun peminat ZR telah dijemput berenang bersama bibit-bibit keinsafan penulis tentang mencari makna diri dalam tasik kehidupan yang penuh mencabar di hujung usia.
Cuba perhatikan ungkapan-ungkapan berikut:
“Sangat lama aku memikirkan tentang aku. Enam puluh tahun lebih yang bergerak dalam serba lemah, ...adalah kehidupan di hujung dahan sama seperti seekor kera sakit.” (Hal.2).
“Kamariah, di hujung usia dalam keadaan tua ini, aku mahu ke sampingkan segala-galanya, termasuklah mahu menafikan dunia pendidikan yang pernah bapa lalui. Bapa ingin belajar dan menempuh usia tua ini dan ...” (Hal.5).
Kemudian pembaca dibawa bersama-sama penulis bermonolog dengan diri sendiri di hadapan cermin, makhluk yang paling jujur dan tidak pernah berbohong (hal.21). Tali persoalan tentang ketuhanan dan kesufian mula dihulurkan sedikit demi sedikit untuk disambut oleh pembaca yang celek rasa hati. Cuba teliti:
- “Paling malang, ia tidak pernah sedar yang ia adalah cermin, satu alat yang melantun wajah orang lain tetapi tidak berupaya melantun wajahnya sendiri.” (Hal. 25).
- “Aku bercekak pinggang di depannya. Jadahnya, replika aku pun bercekak pinggang juga. Akulah ini... Aku melihat aku sendiri tetapi yang terpantul aku juga.” (Hal. 25).
- “Maka mengertilah aku, sesungguhnya sekeping cermin yang aku namakan cermin, tidak pernah mengerti hakikat zatnya.” (Hal.25).
- “Kalau tidak ada mati, masakan manusia dapat menikmati amalan baik dan merasai balasan jahatnya?” (Hal.44).
- “Masa adalah makhluk, sama seperti mati. Di akhirat, mati dimatikan dan kehidupan menjadi kekal. Mati tidak boleh mematikannya tetapi Penciptalah yang mematikan mati, sama dengan masa yang tidak boleh memaskan dirinya. Pencipta masa yang menentukan masa untuk mati.” (Hal.48).
- “Kata-kata bukanlah perasaan... Tanda cinta selalunya hewndak berjumpa... Tapi bukan berjumpa tanda cinta...” (Hal.56).
- “Cintalah kepada-Nya. Selalulah berjumpa-Nya... Bisiklah cintamu selalu... Belajarlah daripada kesepian, belajrlah cara keasyikan dalam taat dan cubalah takut pada diri sendiri. Simpanlah rahsia cinta betapa pun cinta itu amat menggelodak!” (Hal.57).
- “Belajarlah pada kesepian! Belajarlah daripada kesepian! Belajarlah tentanbg kesepian!” (Hal. 58).
- “Mulalah terasa aku keseorangan, tapi tidak pula terasa seorang diri.” (Hal.85).
- “...aku sudah melompat lepas daripada amarah...parit lauwamah juga sudah kulompat.” (Hal.108).
- “Aku mahu tinggalkan dunia keparat ini.. Aku sudah benci dengan kehidupan dunia selama 44 tahun.” (Hl.110).
- “Tak guna engkau berwirid sampai berbuih mulut jika empat penjuru jihad tidak engkau tembusi!” (Hal.111).
- “Cubalah putuskan keperluan badani dengan sedikit melakukannya. Makanlah sekadar boleh beribadat. Pakailah sekadar cukup menutup aurat. Langkahlah kakimu jika itu tuntutan ALLAH. Buatlah segala apa yang dibenci nafsu. Sibukkan hati mengingati ALLAH. Banyakkan zikrullah baik dengan hujung lidah mahupun dengn hati. Matangkan ketaatan supaya hampir kepada kesempurnaan ...” (Hal.112).
- “... aku memang menantikan malam dengan sebilah pedang mujahadah... semacam ada satu zauq yang sukar dijelaskan apabila menemui malam.” (Hal.113).
- “... Kucuba menenggelamkan alam duniawi dan bersilat menepis segala lintasan.” (Hal.114).
- “Cuba pandang yang satu dalam yang banyak... Sebab yang satulah mencipta yang banyak bukan yang banyak mencipta yang satu. Kalau tidak ada titik, mana boleh ada satu... Titik itulah sebanarnya ‘sir’, rahsia yang tidak terbongkar... Untuk masuk ke alam ‘sir’, kamu mesti jadikan diri kamu sekecil titik. Seandainya kamu masih rasa kamulah yang besar, hebat, sombong dan lain-lain, kamu tidak akan dapat masuk ke alam ‘sir’.” (Hal. 138).
- “Dee lebih suka bersendirian bersama ALLAH dan tidak suka bercakap perkara yang sia-sia. Dee pasti berada dalam jasbah.” (Hal.178).
- “Tiba-tiba malaikat maut pun masuk. Aku sedar, aku tahu bahawa itu hanyalah sekadar bayangan perasaanku sahaja. Sesungguhnya aku tidak nampak tetapi aku seolah-olah dapat merasakannya.” (Hal.185)
Ulasan:
Semua fakta di atas adalah persoalan bidang kerohanian dan kesufian.
4. Jawapan Kepada Pokok Persoalan:
Dalam bab terakhir, penulis mengungkapkan:
“Aku sudah pun pelajari pengajaran-pengajaran rohaniah yang setinggi-tingginya daripada perbandingan dan ibarat daripada yang berlaku di dalam dunia yang lahir dan luar ini. Kalaulah aku atau mereka yang seumpama aku memburu-buru perkara yang tidak nyata, mengaling-aling ataupun sesuatu yang tidak ada wujud, aku atau mereka tidak akan sampai ke matlamat hidup...
... Manakala orang yang mengikuti cahaya daripada-NYA, yang membimbingnya dalam kemahuan rohani, ia adalah lebih baik, bahagia pada jiwa, lebih sejahtera kalbu dan lebih teguh kedudukan dalam hidup, seperti amnya, pada setiap detik hidup.” (Hal.195).
Penulis menutup bicara ZR dengan tafsir ayat 3 dari surah Muhammad.
Bagi pembaca yang berminat dengan bidang kesufian, dua paragraf ini menjadi kunci kepada pintu agenda tersembunyi penulis yang mendorong pembaca membuat kesimpulan berikut:
· Penulis memperingatkan pembaca agar berhati-hati dalam mencari Tuhan melalui jalan kesufian. Salah pilih jalan kesufian tidak akan membawa pengamalnya kepada matlamat yang dutuju.
Penulis belum berjumpa jalan kesufian yang dibangsakan sebagai tariqat, ilmu yang membicarakan tentang aspek ketuhanan, ketauhidan dan peribadatan dengan lebih mendalam yang menyentuh bidang-bidang ilmu Martabat Tujuh, Latifah Tujuh dan Laduni. Itulah jalan yang nyata yang membawa manusia beriman kepada kesudahan hidup di dunia untuk menikmati kelazatan hidup di akhirat yang tidak berkesudahan. Balasan Syurga yang dijanjikan bukan matlamat seorang hamba Allah yang beriman. Sebenarnya, wawasannya ialah Tuan yang empunya Syurga itu sendiri. Beramal bukan kerana pahala, bukan kerana Syurga. Beramal dengan penuh ikhlas, dengan tidak dikeranakan oleh sebarang kerana. Jika demikian barulah layak orang itu m“Maka sejak itu, dia terus menyepi tanpa dapat kukesani. Padahal sebelum itu aku cukup lama berhubungan, berinteraksi dan berdialog dengannya melalui telefon hingga jauh malam.” (Hal.8).
“Dee tidak kutemui. Aku cuba mengesan tapak kasut Dee puluhan tahun nan lalu, tetapi tapak itu telah bertukar kepada selut-selut teknologi. Masa juga yang merobahnya.” (Hal.9).
Ulasan:
Persoalan tentang bilakah penulis bertemu dengan Dee secara kebetulan itu masih menjadi tanda tanya “Maka sejak itu, dia terus menyepi tanpa dapat kukesani. Padahal sebelum itu aku cukup lama berhubungan, berinteraksi dan berdialog dengannya melalui telefon hingga jauh malam.” (Hal.8).
“Dee tidak kutemui. Aku cuba mengesan tapak kasut Dee puluhan tahun nan lalu, tetapi tapak itu telah bertukar kepada selut-selut teknologi. Masa juga yang merobahnya.” (Hal.9).
Ulasan:
Persoalan tentang bilakah penulis bertemu dengan Dee secara kebetulan itu masih menjadi tanda tanya enjadi penghuni Syurga Allah. (Rujuk Alfajr: 27-30).
BIODATA RINGKAS
Nama : ABDUL RAZAK BIN ABDULLAH
Tarikh Lahir : 4 September 1948
Tempat Lahir : Kg. Alor Merah, Alor Setar, Kedah.
A. Latar Belakang Pendidikan:
Pendidikan Awal:
1. Sek. Umum Kangar (L), Kangar, Perlis 1955 – 1959
2. Putra English School, Kangar, Perlis 1960 – 1962
Pendidikan Menengah:
1. Derma English School, Kangar, Perlis 1963 – 1967
2. Ibrahim Secondary School, Sg. Petani, Kedah 1968 – 1969
Pendidikan Tinggi:
1. Universiti Pertanian Malaysia, Serdang, Selangor 1984 – 1988
B. Latihan Iktisas:
1. Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim, Johor Bharu, Johor 1970 – 1971
2. Maktab Peguruan Ilmu Khas, Cheras, Kuala Lumpur 1982
C. Pengalaman Bertugas:
1. SMK Pulau Lumut, Pel. Kelang, Selangor 1972 Guru Penolong
2. SM Tuanku Syed Putra, Kangar, Perlis 1973 – 1984 Guru Penolong
3. SMK Putra, Kangar, Perlis 1988 – 1992 Guru Penolong
4. Maktab Perguruan Kent, Tuaran, Sabah 1993 – 1999 Pensyarah
5. Maktab Perguruan Perlis, Perlis 2000 – 2003 Pensyarah
6. Bahagian Pendidikan Guru, KPM, 2003 – 2004 Penolong Pengarah
Kuala Lumpur
D. Sumbangan Khidmat Sampingan:
1. Penceramah Sambilan Segmen Motivasi dan 1997 – 1998
Bimbingan dan Kaunseling, RMKK, Sabah
2. Penceramah Motivasi dan Kemahiran Belajar 1997 – 1999
E. Sumbangan Karya:
1. Rencana Psikologi untuk majalah Sarina dan Keluarga
2. Sajak untuk Buletin Sepanggar, Universiti Malaysia Sabah
3. Cerpen untuk majalah Remaja, Keluarga dan surat khabar Siasah
4. Buku Motivasi, Keibubapaan dan Novel untuk Karisma Publications
Senarai Buku Yang Telah Diterbitkan:
1. Motivasi Kendiri: Prasyarat Menuju Kejayaan 2005
2008 (Ulang Cetak)
2. Ibu Bapa Baik Anak Bagaimana? 2007
3. Gelombang Cinta 2007
4. Spektrum Cinta 2007
5. Logamaya Kasih 2007
6. Fatamorgana 2008
7. Sepinya Tanpamu 2009
8. Tragedi 2009
No comments:
Post a Comment