Monday, August 30, 2010

Di ambang merdeka

Di ambang merdeka


Tidaklah tahu kita bagaimana si tukang karang teks kemerdekaan itu mahu mengarang teksnya kali ini. Apakah bunga-bunga bahasa, bahasa berbunga-bunga nanti mampu membasuh hanyir luka sebuah bangsa?

Atau apakah dia hanya mahu berpura-pura bahawa segala-galanya sangat aman dan ― oleh kerana itu “bos tidak perlu bimbang dan runsing apa-apa”?

Apakah mahu dimatikan nuraninya (jika dia masih memilikinya) lalu menulis untuk bosnya “bahawa sebagai bangsa yang merdeka dan bermaruah marilah kita sama-sama pelihara kemerdekaan ini?”

Kepada hantu raya mana dihalanya ucapan itu?

Berpuluh-puluh kali sudah dia tidak bercakap benar tentang merdeka dan kemerdekaan. Bahawa setiap kali dia berbicara tentang bangsa yang besar dan kebesaran sebuah bangsa, lidah juga terjelir dihalau kerongkong.

Lalu,

Hantu dan jembalang mana yang mahu mendengar ucapan kemerdekaan itu?

Bangsaku, betapa tragisnya jalan cerita kita ― anjung kuasa terus berbicara ‘merdeka’ dan kemerdekaan!’

Hantu dan jembalang manakah yang mendengar ucapan kemerdekaan itu?



Kota Bharu.
30 ogos 2010.


No comments: