Apakah ini jeraminya?
Dalam politik, sebarang usaha — biar betapa pun kecil dan sederhana usahanya, boleh dicatat sejarah sebagai tipping pointnya . (Salah sebuah karya Malcolm Gladwell dengan judul yang sama). Bukankah ini hakikat kehidupan? Dan dalam budaya Inggeris, ditamsilkan mereka kisah ‘jerami terakhir yang mematahkan belakang unta’.
Namun dari perspektif sesebuah pemerintah, apa lagi pemerintah yang tidak pernah merasai apa itu kekalahan, terdapat banyak rumus yang mungkin dikira sebagai usaha untuk yang menentukan. Usaha murni dan strategik itu survivalnya.
2. Kegelojohan yang membawa padah
Apabila Perak dirampas dengan cara dan kaedah yang cukup memilukan (tak perlu disebut betapa memalukan kepada seluruh khalayak dunia), tentunya mereka sangat teruja dengan Selangor yang paling kaya. Maka kita pun melihat siri pelbagai episod: Gagasan Kerajaan UG, Melayu yang berpecah belah, perarakan kepala lembu, nama Allah dan lubang-lubang pasir yang rakus.
Rasanya tak ada yang paling memudharatkan seperti tragedi Beng Hock dan SPRM. Mutakhir, kita pun dimaklumkan tentang nota tulisan tangan di dalam beg mendiang. Nota yang katanya, telah lama ditemui.
Apakah ini jeraminya?
3. Apabila umpan UG tidak juga mengena
Apabila gagasan bahawa Melayu berpecah belah dan masih mundur dan masih itu dan masih ini tidak juga digigit oleh rakyat jelata, fomula baru perlulah dicari. Maka dalam konteks formula baru inilah, asam garamnya, plotnya tetap tidak berubah; tetaplah sama: Orang Melayu akan hilang kuasa jika tidak bersama-sama Umno, agamanya yang suci kini kian terancam, penemuan perlembagaan baru yang sangat durjana (Alahai Mufti!), Cina yang ternyata sangat melampau, DAP yang sangat tebal keCinaannya dan lagi dan lagi...
Bumbunya memang sudah ada. Tinggal menentukan kaedah dan pelaksanaanya yang bagaimana? Umno? Hero ini sudah lama melepasi titik kelok keagungannya, semenjak zaman seorang mantan lagi. Umno tidak lagi mampu menghimpunkan khalayak. Kata sang pemikir yang mantan itu, rakyat kini memerlukan NGO, bukan lagi Umno — hero tua expired.
Siapa? Ahaaa...Brahim sesuai untuk watak ini. Paling sesuai. Ya, untuk sementara waktu, Brahim Perkasalah watak utamanya.
Apakah ini jeraminya?
4. Filem cinta sekali pun memerlukan babak gocoh mengocoh
Dalam pelbagai tragedi cinta, Romeo dan Juliet misalnya di sana sini muncul babak-babak gocoh mengocohnya. Maka dalam percintaan BN — asmaradananya Umno dan MCA sesekali wajar ditampilkan babak-babak gocoh mengocohnya. Bukankah ini senario nasional paling mutakhir — di Johor di antara para panglimanya BN di sana?
Untuk ‘trailernya’ kita pun tampil dengan kemahiran dan kebinasawan Utusan sebagai pakar bidang — pengkritik-cum-pelapor, peracun fikiran rakyat.
Apa lagi yang masih kurang dalam skrip kita ini? Ahaa. Elemen yang satu lagi.
Maka kita pun bentang dan rentang kain yang ternyata terlentang, biar beta juga turut maklum.
Demikianlah hikayatnya.
5. Bagaimana jika semua kaedah di atas tidak lagi lut?
Apakah bakal dikerah satu lagi operasi baru?
Apakah itu jeraminya?
Atau bakal dihumban seseorang penderhaka ke dalam bui@penjara?
Apakah itu jeraminya?
Entahlah. Hanya Tuhan Yang Maha Mengetahui.
Yang jelas, skuad para Juru Rancang sangat sibuk dan sentiasa saja sibuk mencari kaedah terbaiknya. Bukankah upah APCO itu juga bukannya sedikit? Apakah bakal kita temui kaedah yang terbaik itu?
Kaedah terbaik — tipping point untuk kita semua — rakyat yang terdera.
Wallahuaklam.
No comments:
Post a Comment