“Well done meri behta, well done my beloved son!”
Itulah yang terlintas dalam hati apabila membaca berita Bernama bertajuk “ Mukhriz blames opposition for FDI plunge”, sebuah berita yang mendedahkan bahawa punca kemerosotan pelaburan langsung luar negara, FDI ialah kerana perangai pembangkang yang begitu gemar sekali mengecil-ngecilkan usaha Kerajaan dalam menarik pelaburan asing.
Sebenarnya, kita pun tidak begitu gembira dengan sikap dan telatah pembangkang di negara ini. Kita juga tidak begitu arif kenapakah kumpulan pembangkang ini begitu seronok sekali menjahanamkan masa depan negara tercinta ini. Nampaknya mereka tak akan habis-habis membuat fitnah sehingga tega melihat pada lari semua pelabur yang sudah pun menunggu dengan duit yang berguni-guni untuk dilaburkan di Malaysia.
Sesungguhnya begitulah luar biasanya perangai para pembangkang negara ini.
Kita pun tidak begitu pelik kenapakah mereka begitu bising dengan tindakan MACC dalam kes Teoh Beng Hock. Kita juga tidak faham kenapakah mereka menjerit-jerit seperti orang diserang polong apabila negara diterjah dengan Sodomi II. Kita pun merasa aneh kenapakah mereka membesar-besarkan peristiwa pengusungan kepala lembu di Shah Alam.
Kita pun bertambah tidak faham kenapakah mereka begitu bebal, lantas sanggup membantah episod Perak yang telahpun diambil semula dengan cara demokratik pula oleh Umno/BN. Kita memang pelik dengan sikap bebal pembangkang ini.
Sungguh mati ― kita tidak akan faham dengan telatah pembangkang ini.
2.0 Apakah pengajaran daripada tingkah Timbalan Menteri yang menjaga MITI ini?
Apa pun kesudahannya kepada usaha Kerajaan Umno/BN untuk menarik pelaburan asing ini, ada satu perkara yang tak boleh kita lupakan begitu saja.
Apakah pengajaran paling berguna yang telah kita perolehi itu? Kita amat kagum dan begitu teruja dengan kebolehan anak bapa yang ternyata begitu cekap sekali menguasai seni pencak silat politik putar-dan-belit. Sekarang ini sang anak juga ternyata sudah cukup mahir sekali dengan taktik, teknik, dan strategi tepis dan salahkan orang lain dalam segala masalah yang ‘dianya’ hadapi.
Inilah ilmu dan kemahiran yang diperturunkan oleh Sang Bapa: Wira Dunia Ketiga itu.
"They cause the problem and they blame us for it. However, the government always does its best to attract foreign investors," he told reporters when met at the Aidilfitri open house of Pendang Umno Youth
Maksud kata-kata Timbalan Menteri yang menjaga MITI itu ialah, kira-kira begini:
“Mereka menimbulkan masalahnya dan mereka menyalahkan kita. Namun begitu Kerajaan sentiasa membuat yang terbaik untuk menarik pelabur-pelabur asing.”
“Well done meri behta, well done my beloved son!”
Itulah yang mampu kita sebut dengan meniru gaya filem-filem Bollywood.
_________________________________________________________________________
Mengikut Kamus Federal-Chambers Advanced English Dictionary (hal 316) “disparage” itu bermakna ” You disparage someone or their achievements when you express scorn for them or indicate that you do not admire them (mengecil-ngecilkan)”
Petikan berita Bernama:
Mukhriz blames opposition for FDI plunge
Measures taken by the federal government have helped to attract foreign direct investment (FDI) this year contrary to the poor showing in 2008 and 2009 resulting from the opposition's disparaging remarks about the country, Mukhriz Mahathir said today.
The Deputy International Trade and Industry Minister said the disparaging remarks directed at the BN government had instilled fear in foreign investors, so much so that FDI in 2008 and 2009 dropped by up to 81 percent.
When the investors kept away, the opposition blamed the federal government for what they claimed to be inefficiency in drawing investments.
"They cause the problem and they blame us for it. However, the government always does its best to attract foreign investors," he told reporters when met at the Aidilfitri open house of Pendang Umno Youth head Akrom Abdul Hamid in Pendang.
Mukhriz said the government measures had yielded RM5.6 billion in FDI in the first three months of this year, almost as much as the RM5.66 billion in FDI for the whole of last year.
He said the government, through the ministry, always held promotions for foreign investors regardless of which state, even those administered by the opposition parties, they wanted to invest in.
- Bernama
No comments:
Post a Comment