Sunday, September 19, 2010

Islam yang secara sengaja diketepikan,


“bahkan dimusuhi, oleh rejim itu sendiri”


Dalam buku “Islam dan Kepercayaan Lain” (Islam and other Faiths) oleh Ismail Raji Al-Faruqi terjemahannya oleh Zulkiple Abd. Ghani, Institut Terjemahan Negara Malaysia, Kuala Lumpur, 2009,  terdapat pelbagai aspek menarik untuk renungan bersama.

Misalnya dalam membicarakan bab ‘Dakwah di Barat: Harapan dan Cabaran’, Bahagian IV iaitu tentang “Penghijrahan atau Perpindahan Orang Islam”, Allahyarham antara lain menulis begini:

“Orang Islam yang berhijrah dengan jumlah yang besar mula sampai di negara Barat selepas Perang Dunia Kedua.  Kebudayaan Barat yang bebas daripada penjajahan dan maju menarik minat pelajar Islam dari segenap tempat.  Menetap dalam tempoh yang lama dan pergaulan yang bebas mereka dengan pelajar lain dan masyarakat serta program belajar sambil bekerja membuka jalan untuk mereka menukar status pendudukan mereka atau kembali sebagai status penghijrah sekiranya keadaan di tanah air mereka terbukti tidak memenuhi harapan mereka.

Kegagalan kerajaan tempatan untuk menyediakan peluang pekerjaan dan/atau kemajuan, atau gagal menyelesaikan masalah ekonomi dan politik yang kronik, tekanan polis yang keras menambahkan alasan bagi golongan profesional dan terpelajar untuk berhijrah.  Keinginan untuk memperbaiki mutu kehidupan dan masa depan yang baik tentu sekali memainkan peranan penting.

Yang lebih penting ialah keadaan rejim politik Islam yang hampir bankrup.  Keadaan ini dapat disaksikan dalam aspek moral, kerohanian, tamadun, pendidikan, ekonomi, kemasyarakatan dan politik.  Tidak hairanlah bahawa hampir semua rejim Islam yang mendapat kemerdekaan adalah boneka acuan dari model Barat, sama ada kerajaan demokrasi atau diktator, iaitu corak kemasyarakatan, politik dan ekonomi mereka adalah acuan daripada demokrasi, integrasi nasional dan keadilan sosial Barat.

Pertamanya, rejim ini adalah alat yang lengkap kepada penjajahan baru sama ada sengaja dilakukan atau tidak.  Penyakit utama mereka ialah pemisahan mereka daripada Islam sebagai satu-satunya ideal yang dapat menggerakkan dan memberikan sokongan rakyat.   

Nasionalisme, Sekularisme, Demokrasi, Sosialisme dan Komunisme semuanya tidak mampu dan tidak mempunyai sebab untuk menjadi ‘sebab’ yang cukup untuk diamalkan oleh Islam.  Cara ini tidak berupaya membuahkan kesetiaan orang Islam dan tidak menyediakan kekuatan dalaman untuk mendorong umat Islam ke arah kekuatan diri atau untuk membuat mereka kuat menghadapi cabaran.  

Ini semua boleh disediakan dengan memantapkan Islam dan keimanan yang berkualiti dan ia perlu dijadikan asas dan diamalkan. Tetapi Islam secara sengaja diketepikan, bahkan dimusuhi, oleh rejim itu sendiri.” (halaman 346 dan 347).



2.0 Apakah pengajaran yang boleh kita ambil daripada petikan di atas?


i) Apakah tidak ada ciri-ciri yang disebutkan oleh Faruqi itu di negara ini?

“Kegagalan kerajaan tempatan untuk menyediakan peluang pekerjaan dan/atau kemajuan,

Kegagalan menyelesaikan masalah ekonomi dan politik yang kronik,

Tekanan polis yang keras menambahkan alasan bagi golongan profesional dan terpelajar untuk berhijrah,   

Keinginan untuk memperbaiki mutu kehidupan dan masa depan yang baik tentu sekali memainkan peranan penting.”

                 
ii) Apakah ciri-ciri ini juga asing kepada kita?


“Keadaan rejim politik Islam yang hampir bankrup.  Keadaan ini dapat disaksikan dalam aspek moral, kerohanian, tamadun, pendidikan, ekonomi, kemasyarakatan dan politik.”


3.0  Penutup


Jika Mahathir dan henchmen Perkasanya masih berfikir bahawa gempar-gempar  ala ‘orang-mabuk-mengepung-kerbau-mabuk-darah’ boleh menyelesaikan masalah yang telah mereka cipta selama ini, kita cadngkan supaya mereka berfikir berulang-ulang kali.  Fikirlah baik-baik dan masak-masak supaya orang-orang Melayu yang rata-rata daif dan melarat itu tidak terus menerus diracuni fikiran dan mata hati mereka.


Kenapakah kita berkata demikian?

Bukankah kita sedang menuai biji benih yang mereka cambah selama 23 tahun yang lalu?


  



No comments: