Monday, September 20, 2010

Masih lagi di takuk yang lama


Apakah jalurnya mesti perkauman dan sikapnya pula perlu bermusuhan?


Sila rujuk berita berkepil dan juga sakat-perli-ketawa berdekah-dekahnya, Tukartiub (http://tukartiub.blogspot.com).     


Apakah pengajaran yang boleh kita perolehi daripada peristiwa-peristiwa seperti ini? Bagaimanakah tanggapan kita terhadap reaksinya kelompok para pejuang suku seperti Perkasa dan GMPS? 

Ya, bagaimanakah reaksi kita? 

Kita percaya ramai yang masih bersetuju dengan cara dan kaedahnya Perkasa ini.  Salah satu hujahnya ialah dengan merujuk perkara 153 perlembagaan.  Kita tak ada masalah dengan rujukan sedemikian.  Namun bukan aspek itu yang mahu kita bincangkan kerana rasanya ada aspek lain yang jauh lebih menarik dan bermanfaat jika kita teliti bersama.


Pertama: Reaksi Perkasa


"Semua universiti itu diiktiraf oleh kerajaan tetapi kenapa mereka tidak diberi biasiswa? Saya hendak tanya adakah tindakan itu berpunca daripada desakan MCA?

Kenapakah MPM/Perkasa memilih untuk menerkam rakan komponennya yang juga menjadi sebahagian daripada parti yang memerintah?  Apakah mungkin ada cerita-cerita di sebalik tabir yang tidak kita ketahui butirannya?    

Di sebalik semua peristiwa dan mungkin juga lakonan di depan dan di belakang tabir ini, ada lagi isu yang jauh lebih mendasar: 

Bagaimanakah duit rakyat itu dibelanjakan.  Dalam konteks ini,  ketuk dan sakatnya Hishaamudiin memanglah tepat.

Itulah persoalan yang timbul di sebalik pembelian kapal selam dan kereta kebal.  Apabila kerajaan Umno/BN memilih untuk berbelanja dengan berkapal selam dan berkereta kebal, ini  bermakna kerajaan pimpinan Umno/BN telah mengorbkankan aspek-aspek lain yang mungkin dikira tidak begitu penting:  Pengajian 500 orang pelajar dalam bidang kritikal di Timur Tengah.

Bagi kita inilah yang lebih wajar dan relevan yang sewajarnya diterkam oleh MPM/Perkasa. Kenapakah ini tidak dijadikan fokus kelompok para pembela Melayu ini?  Mereka memilih untuk menyerang rakan yang sama-sama memerintah.

Adakah alur cerita di dalam skrip asalnya begitu?  Sang sutradaranya juga mahukan agar seluruh episod ini diBollywood sedemikian rupa?


Reaksi kedua:  Pengurusan ‘bugdet’ itu perkara serius yang wajar diberikan perhatian oleh seluruh rakyat ― termasuk MPM/Perkasa.


Mari kita lihat apa yang dikatakan oleh Teh Chi-Chang dalam “ The Budget:  How the Government is spending OUR money” (REFSA: Reseach for Social Advancement), 2009.
(Untuk pembelian sila lawati,  http://tokobuku.fotopages.com)

“Of interest also are the income gaps within the ethnic groups. While all three major ethnic groups experienced rising income disparities between 1999 and 2004, the largest increase in disparity was within bumiputras, as shown below.

Figure 29: The rich are getting richer, especially among Bumiputras (Gini Coefficients 1999 and 2004)      

(0.43xx untuk tahun 1999 dan 0.45xx untuk tahun 2004)

Sepertimana kita sedia maklum, angkali Gini ini ialah petunjuk untuk mengukur jurang miskin-kaya dalam masyarakat.  Semakin kecil nilainya, semakin kuranglah jurang di antara yang kaya dan miskin. Inilah satu bukti nyata bagaimana pemimpin Melayu menipu Melayu.


Soalan kita ialah kenapakah MPM/Perkasa buta dan bisu dalam hal-hal begini?


Oleh sebab itu saranan kita di sini ialah: Berhentilah berlakon menjadi juara orang-orang Melayu.  Alihlah fokus dan tenaga tuan-tuan kepada seluruh rakyat tanpa mengira kaum, agama, warna kulit dan hatta pegangan politik mereka.  Pendekatan ini jauh lebih mulia dan bermanfaat kepada anak, cucu dan cicit kita.    

Kita kira inilah juga yang diajar Islam, oleh sebab itu ini yang jauh lebih afhdal diperjuangkan.  Bukankah begitu? 

Atau tuan-tuan tidak percaya bahawa berbaik-baik sesama manusia itu sesungguhnya ISLAMIK?  

Atau tuan-tuan berpendapat bahawa adalah jauh lebih mulia menjadi lebih Umnoik??

Wallahuaklam.




_____________________________________________________________
Berita di atas dipetik daripada http://tukartiub.blogspot.com  sebuah blog yang dikendalikan  Hishamuddin Rais. 

(Katakanlah sumber berita ini sahih dan tidak ada yang tidak benar tentangnya (misalnya para pelajarnya cemerlang, kursusnya benar-benar kritikal, universiti-universitinya juga memang diiktiraf dan lain-lain), tentulah banyak soalan yang boleh kita bangkitkan.

Soalan pertamanya ialah proses kemasukan dan penghantaran para mahasiswa cemerlang ini dan siapakah yang terlibat?  Adakah para pelajar ini ke sana dengan inisiatif sendiri dengan harapan mereka akan diberikan biasiswa kemudiannya?  Atau bagaimanakah kedudukan sebenarnya?)


Berita yang diulas Tukartiub ialah seperti berikut:

500 MAHASISWA MELAYU CEMERLANG MUNGKIN PULANG - melayau

Kira-kira 500 mahasiswa Melayu cemerlang yang sedang mengambil kursus kritikal termasuk perubatan di Asia Barat mungkin terpaksa menamatkan pengajian lebih awal kerana tidak mendapat biasiswa seperti dijanjikan.

Majlis Perundingan Melayu (MPM) yang mendedahkan mengenai perkara itu menjelaskan, ibu bapa pelajar berkenaan tiada pilihan selain membawa pulang anak masing-masing kerana kebanyakan daripada mereka daripada golongan berpendapatan rendah.

Menurut Setiausaha Agung MPM, Dr. Hasan Mad, ini kerana ibu bapa berkenaan telah bergolak-gadai menghabiskan wang simpanan termasuk menjual tanah bagi menanggung pengajian tahun pertama anak masing-masing setelah mendakwa akan diberikan biasiswa apabila memasuki tahun kedua pengajian.

"Semua universiti itu diiktiraf oleh kerajaan tetapi kenapa mereka tidak diberi biasiswa? Saya hendak tanya adakah tindakan itu berpunca daripada desakan MCA?

"MPM memandang serius perkara ini kerana pada masa sama kerajaan boleh memberi bantuan jutaan ringgit kepada sekolah Cina persendirian yang jelas melanggar Dasar Pelajaran Kebangsaan," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat MPM di sini hari ini.

Menceritakan mengenai kemelut pelajar berkenaan, Hasan berkata, pada 29 Mei lalu, Pengerusi Kongres Ekonomi Melayu, Ibrahim Ali telah menyerahkan memorandum pelajar berkenaan kepada Najib Razak.

"Pada mulanya kita difahamkan bahawa tindakan telah diambil, tetapi malangnya kita dimaklumkan oleh pelajar berkenaan bahawa mereka masih belum mendapat biasiswa.

"Wakil Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung kemudian ke Pejabat Perdana Menteri untuk menyerahkan memorandum tetapi tidak berpeluang melakukannya, sebab itulah kes ini diserahkan semula kepada MPM," katanya.

Sehubungan itu, MPM sekali bertanyakan kepada kerajaan sama ada ingin melayan kes tersebut atau mengabaikannya begitu sahaja.

Tegas beliau, sekiranya kerajaan bertegas enggan menyelesaikan perkara itu, maka MPM tidak mempunyai pilihan melainkan akan membawa perkara itu kepada Majlis Raja-Raja untuk tindakan lanjut.

"MPM sedia memanjat pagar istana, jika tiada pilihan lagi untuk mengadu dan meminta Majlis Raja- Raja mengarahkan kerajaan memberikan biasiswa kepada pelajar-pelajar itu," katanya


Di antara komennya Tukartiub ialah:


“woit… TANYA GEROMBOLAN KENAPA BAZIR DUIT BELI KAPAL SELAM ?... kah kah kah..

kah kah kah… DUIT RASUAH BELI KAPAL SELAM BOLEH TAMPONG SATU UNIVERSITI UNTUK SATU TAHUN… kah kah kah..

kah kah kah… TANYA GEROMBOLAN… APA GUNA KAPAL TERBANG RUSIA YANG TAK TERBANG TERBANG…. kah kah kah..

kah kah kah…. TANYA GEROMBOLAN…. APA GUNA BELI KERETA KEBAL… KITA BUKAN NAK PERANG…. kah kah kah…”




No comments: