Tuesday, October 26, 2010

Satu lagi Satu

Menanggapi "1Chameleon"nya Mariam Mokhtar
Oct 25, 10 12:19pm


Mariam Mokhtar dalam tulisannya berjudul ‘1Chameleon’ ( ada pembaca yang menyatakan bahawa tajuk yang lebih sesuai ialah ‘1Hipokrit’) untuk portal Malaysiakini,  bertarikh 25 Oktober, 2010 jam 12.19 malam,  bukan saja menyampah dengan segala ‘1’ yang kita lalui sekarang ini,  tetapi juga ternyata cukup ‘keras’ dengan sikap orang-orang Melayu.


Kalaulah kita tidak diberikan amaran, mungkin juga kita mahu mendinginkan suasana:  “Sabarlah Yam, bukankah kita pernah lalui segala macam Hadhari, BCA dan lain-lainnya?”


ii.

Senarai soalan sukar dan tersuratnya Mariam Mokhtar dalam Malaysiakini ialah seperti berikut:


1. Siapakah yang mahu memaklumkan bahawa selama lebih 53 tahun ini,  Umno hanyalah membedak dan mengincukan nasib dan masa depan orang-orang Melayu?  Bahawa dalam tempoh itu, orang-orang Melayu telah ditipu, disembunyikan hakikat sebenarnya, dikurung di bawah tempurung ― supaya tidak dapat melihat bahawa di sana, di luar sana ada lagi satu langit yang lebih besar, sebuah langit sebenar?  Siapa?   

Siapa, ya siapa yang mahu menjelaskan hakikat itu?  Siapa?  tanya Mariam?

2. Orang-orang Melayu mestilah dibangunkan daripada tidurnya yang nyenyak itu dengan segera.  Siapakah yang mahu membangunkan orang-orang Melayu?  Siapa?

3. Bahtera yang membawa orang-orang Melayu itu kini sedang dilanda taufan yang menggila dan siapa malimnya yang bakal mengemudikan bahtera ini supaya tidak terkandas dan karam?

Mariam merumuskan:

4. Orang-orang Melayu itu sememangnya feudalistik (berjiwa hamba) dan ‘fatalistik’ (bunuh diri?).  Mereka tercengang-cengang,  kenapakah tanah-tanah mereka terbiar  sedangkan mereka tidak memiliki sebarang keazaman politik untuk mendepaninya dengan ‘membereskan’ undang-undang pusaka.   

Mariam juga pelik melihat:


5. Orang-orang Melayu bingung melihat anak-anak mereka tidak baik kelakuannya sedangkan dalam keluarganya, tidak ada ‘sang bapa’ untuk dicontohi.  Kenapa? Sang bapa, kata Mariam lagi sibuk,  sibuk melonggokkan duitnya kepada bini mudanya!  Dan aneh sekali, mereka bingung kenapa merekalah yang paling banyak dihinggapi penyakit sosial  ― ketagihan narkotik, pembuangan bayi dan sumbang (incest).


Mariam juga tidak faham kenapakah:


6. Orang-orang Melayu yang sepatutnya menggunakan kaedah mendisiplin, membimbing dan mengawal, memberikan inspirasi dan proaktif dalam mengurus keluarga, tetapi malangnya lebih gemar ‘bersabar’ dan menyerahkan semuanya itu kepada ‘takdir’. 

Kenapa?  Tanya Mariam lagi, bila lagi orang-orang Melayu bakal sedar bahawa Tuhan hanya membantu mereka yang membantu dirinya sendiri sementara Putra-Putra Umno (Umnoputras) pula sibuk membantu diri mereka.

Akhir sekali, Mariam bertanya:


7.  Apakah tidak memalukan, selepas 53 tahun merdeka, kita masih berbicara tentang kaumku dan kaummu?


8. Sebagai penutup, Mariam berkata ― bagaimanakah kita mahu maju jika parti-parti komponen bukan Melayunya BN,  hanya membisu seribu bahasa dengan ucapan penuh apinya Najib itu?


Penutup:

Kita hanya ada satu atau dua soalan:

1. Apakah kaedah yang telah kita gunakan untuk menyampaikan mesej-mesej seumpama ini kepada orang-orang Melayu?


2. Bagaimanakah kita dapat keluarkan mereka, orang-orang Melayu ini dari bawah tempurung Utusang, TV3suku dan lain-lainya?  


Bagaimana?    


______________________________________________________________
Di antara kata-kata Mariam: “Who will reach out to the rural and marginalised Malays and Malaysians, and show them that the world, not their tempurung, is their oyster? That they deserve better. That 53 years of Umno only effected cosmetic change. That Malays must be awakened from their slumber. That they are deliberately kept in the dark.

The Malays are like a container ship on the high seas, headed for a perfect storm. Who will navigate the ship, to change its course and prevent it from running aground or breaking up?

The Malays are a feudalistic and fatalistic race and these tendencies tend to cloud their reasoning and sense of order. They wonder why their lands are undeveloped, when all it needs is the political will to sort out the inheritance laws.

They wonder why their children are misbehaving, when there is no father figure in the house, because he devotes all his money and attention to his youngest wife. They wonder why their youth are the ones most afflicted with social ills like drug-taking, incest and abandoned babies.

Instead of instilling discipline, parental control, having aspiration and being proactive, Malays talk in terms of sabar-lah (patience) and takdir (divine fate). Will they ever learn that God helps those who help themselves and that the 'ultraputras' help themselves anyway?

Isn't it pathetic that after 53 years we are still talking in terms of individual races? How can we progress if the non-Malay BN component parties keep mum about Najib's inflammatory speech?”







2 comments:

rahmat haron said...

masalahnya termpurung telah menjadi konsep. skrg ibarat di dalam balang kaca.dapat membaca melihat.tetapi ada keselesaan semu yang tak mahu ditinggalkan. maka duduklah ia di dalam balang kaca.

otak memang terletak dalam tempurung kepala..hahahha

barajiwa said...

Sdr Rahmat,

Agaknya segala bijak dan pandai kita, yang entah berapa ribuan itu (ulama, yang bergelar, yang berijazah, pendek kata 'segala yang berilmulah') juga 'ayem-ayem' mau terus tidur dalam balang kaca?

Kalau benar begitu, cerahlah masa depan anak cucu kita.

Bukankah begitu?