Thursday, November 11, 2010

Wajah 'pejuang' hari ini

Tiga orang teman membingkiskan pesanan-pesanan ringkas berikut:

Pertama:

‘Adakah akn terjadi pusingan-U kpd org2 mlyu utk kembali menyokong umno dlm pru akn dtg stlh melihat apa yg kpd pkr/pr skrg? Pandangan sdr?’

Kedua:

‘Yes. he has gone overboard to ask Anwar to step down. So all the talking on principles has no meaning if one is not a team player and only want to do things his own way.’

Yang ketiga,  bunyinya begini:

‘Sy x tahu. Yg sy tahu zaid ibrahim tarik diri dan letak smua jwtn parti. Itu bagus. yg lain2 sy kurang ambil tahu.’

ii.

Sebagai rakyat yang begitu mengharapkan perubahan selepas PRU13 nanti, ledakan barannya, tantrum Zaid Ibrahim tentulah sangat mengejutkan.  Ramai yang pernah teruja bahawa bekas menteri Umno yang pernah menyaman hukum ‘hudud Pas Kelantan’ ada kelainannya.  Paling tidak,  dia adalah orang politik yang tidak ragu-ragu untuk meninggalkan jawatan menteri penuhnya kerana tidak bersetuju dengan cara Akta Keselamatan Dalam Negeri, ISA yang draconian itu digunakan.  Bukankah ini satu kelainan?

Namun,  apabila dia menerkam Anwar Ibrahim dengan desakan terbuka  supaya mantan TPM itu meletakkan jawatannya dalam PKR, ramai yang tidak faham kenapakah Zaid boleh terbabas begitu sekali.

Jika diamati komen-komen para pembaca laman-laman maya,  jelas sekali,  ramai yang tidak menggemari caranya Zaid Ibrahim. 

Kita tidak perlu ulangi pelbagai tuduhan yang telah dilemparkan kepada mantan menteri Umno ― merangkap calon Pakatan Rakyat yang tewas di Hulu Selangor, yang sekian lama pula telah dibelai bagaikan menatang minyak yang penuh oleh kepimpinan tertinggi PKR,  kerana kita berpendapat semua itu tidak bermanfaat kepada perjuangan untuk mendapatkan sebuah pemerintahan yang lebih baik.

Ada kerja lain yang lebih bermanfaat yang perlu disegerakan:

Usaha kental untuk mengembalikan keyakinan kepada rakyat bahawa sesungguhnya ahli-ahli politik Pakatan Rakyat telah mentadbir dengan cemerlang dan bila-bila masa sekali pun, mereka bersedia untuk kembali bertemu rakyat dalam PRU13.

Memberikanlah keyakinan kepada rakyat bahawa yang lahir adalah budaya baru yang tidak ada kena mengena dengan budaya politik lama.

Mengamalkan budaya politik baru untuk diamati-diikuti oleh para pemimpin PKR, lebih-lebih lagi mereka yang tidak pernah, walaupun sehari menjadi ahli Umno.
   
iii.

Zaid Ibrahim adalah sebahagian daripada tampang sesetengah ‘pejuang’ hari ini. 

Mungkin ada dalam kalangan kita yang tersedak ― namun begitu kita tidak mungkin tercekik dengan tingkah ‘pejuang’ yang seumpama ini.
 
Apakah peristiwa 1998 itu berlingkar sekitar wajah-wajah ‘pejuang’ seperti ini?  Persitiwa 1998 terlalu besar untuk meladeni telatah seorang ‘pejuang’ seperti ini.

  


No comments: