Monday, January 24, 2011

Alahai aku dan bangsaku Melayu.

Meneliti komen pembaca kita: Isi perut, isi kepala atau xxxx perut.


Dalam blognya Azizi Abdullah (http://aziziabdullah.blogspot.com), terdapat satu entrinya yang bercakap tentang kepimpinan Nik Aziz Nik Mat.  Entrinya berjudul, “Reaksi Terhadap Nik Aziz: Ia adalah cermin fikiran”, antara lain berdasarkan buku yang ditulis oleh mantan Prof Shaharil bin Md Zain, berjudul “Kepimpinan Tok Guru Nik Aziz: Mengikut Pandangan Sarjana Kepimpinan Besar Sepanjang Masa” (Penerbitan Kaab, kata pengantar oleh Dinsman). 

Intisari buku itu pernah diterbitkan dalam bentuk artikel dalam majalah korporatnya PMBK, (Perbadanan Menteri Besar Kelantan), Qiadah. 

Mereka yang meneliti ― walaupun sepintas lalu,  buku-kecil-tapi-besar-isinya itu,  tentu sekali tidak akan sembarangan menerkam Nik Aziz.  Jika tuan kurang yakin, sila dapatkan naskhah tuan daripada Sdr Dinsman (019-9592408 atau emel saja dinsman_49@yahoo.com.my).

Adalah sikit janggal jika tuan belum membaca bukunya tapi hujahnya tuan itu sudah pun berjela-jela.  Macam sesetengah orang yang begitu marahkan ‘Interlok’ ― tapi belum pun pernah melihat bukunya.

Anehkan? 

Bacalah dulu, selepas itu, jika belum yakin, silalah terkam kalau masih berhasrat besar untuk menerkam.  

Di bahagian kedua entri ini, kita masukkan juga pandangan beberapa orang penduduk Cina yang ditemuduga oleh Malaysiakini, di Tenang.  Perhatikan komen dan ulasan mereka berhubung Islam, Negara Islam, Kelantan, harapan mereka kepada parti politik...

Mula-mula, sila teliti komen dalam blognya Azizi Abdullah:

Pembaca yang mengelarkan dirinya sebagai ‘Bahtera Merdeka’ berhujah:

“Nik Aziz zuhud?
dilihat dari sudut apa?
pakaian? cara hidup? tutur kata?

Nak tabalkan seseorang itu sebagai zuhud dengan melihat aspek tertentu sahaja tidaklah tepat. Apatah lagi dibantu dengan ketaksuban.

Tun Dr Mahathir jauh lebih menepati "zuhud" jika diambilkira dia hadhir dlm dunia kemewahan ketika berkuasa selama 22 tahun.

Bezanya Tun tidak menghafal nas dan hadith dlm bahasa Arab tetapi mengamalkannya secara praktikal untuk semua makhluk malaysia di zamannya. Manakala Nik Aziz menghafal dlm bahasa arab tetapi tidak diamalpraktikkan.

Wallahu a'lam”


Pembaca: Non BM

Kalau lah nak mertabatkan ulamak.Sepatutnya Hj Hadi kenalah jadi imam dalam Pakatan Rakyat.Sedih dan kecewa kenapa dia jadi pakmum sahaja.Isu dia inilah masanya PAS kena praktikkan apa yang ustaz-ustaz PAS cakap di surau-surau dan masjid-masjid.Kita bukan menentang PAS.Kita rasa tak patut PAS dibuat demekian rupa.Andai kiranya Pakatan Rakyat berkuasa nanti agaknya PAS berada disudut mana.Cuba fikirkan sedalamnya.Kalau politik dianggap seni.Kita kena baca seninya itu dimana.Takkan seni politik itu merugikan PAS.Jangan PAS selalu terlepas bas nanti.PAS ada pengaruh dan kekuatan.Ramai tenaga profesional dan cerdik pandai.dalam PAS kini.Mereka menaruh harapan yang cukop tinggi untok mendaulat Islam..

8:36 PM


ii.


Sementara itu dalam laman Malaysiakini, kita boleh ikuti pandangan para pengundi Cina bila mereka ditemuramah khususnya berhubung “Negara Islam’nya Pas.


Others opined that, if and when Malaysia is truly declared an Islamic state, they would not have any problem, as long as it does not affect the Chinese education system, right to food, alcohol and gambling, and if the government continues to treat the Chinese community well.

It is same to me whether this country is an Islamic state or secular state, But Chinese community affairs like education, food, alcohol, entertainment and gambling should be left untouched.
I'm not afraid of an Islamic state, but I cannot accept it. PAS is also divided into factions of extremists and moderates.

Although the
hudud law promoted by the extremists only affects the Muslims, I think we should not resort to such a law.

Normala was in secondary school with my wife. We have known each other for a long time. I remember that before, she did not shake hands with people wearing gloves... I don't know...
The Islamic state issue is an old one, but MCA is still harping on it. I think its think-tank should bear the responsibility: Has MCA run out of issues?

I can understand why MCA does not like this, because it has no real power in the BN coalition. It should have come up with a manifesto that is fair and equal, which is able to win the support of Chinese community.

I'm not afraid of an Islamic state. Kelantan is doing fine under the PAS government.

On the issue of 'shaking hands', it depends on the candidate's religion. If this is prohibited by religion, we can understand her reason.

Umno candidate Azahar Ibrahim is my neighbour, but I will vote according to issues. I'm a businessman... my concern is, who will do better?


iii.


Lihatlah bagaimanakah kita (bangsaku dan aku, Melayu) berfikir dan/atau tidak berfikir.

Kesiankan?




1 comment:

Anonymous said...

Sdra Barajiwa
Polimik ini rupanya sampai ke sini. Tapi apapun kita tidak patut marah sebaliknya merasa kasihan apabila masih ada anak Melayu yang dikata cerdik setelah dibasuh dan disintuk limau oleh mahathir menjadi cendekiawan, tetapi masih tidak terbuka alam fikirnya dan tidak tahu hendak melihat yang mana persoalan dan yang mana perasaan.
Tahniah
-Gedembai