Tangannya cikgu Normala
“Argentina v England, played on 22 June 1986, was a football match between Argentina and England in the quarter-finals of the 1986 FIFA World Cup at the Estadio Azteca in Mexico City....”
Dalam pertembungan bersejarah itu, ramai pengulas berpendapat Diego Maradona telah menggunakan tangannya untuk mengalahkan England ― lalu merintis jalan ke perlawanan akhir, sehingga Argentina memenangi Piala Dunia tahun 1986 itu. Peristiwa gol pertama itu digelar oleh pemerhati dan peminat bola sepak sebagai “Hands of God.”
Empat tahun sebelum itu, Britain dan Argentina telah berperang kerana Kepulauan Falkslands.
Hari ini, di Tenang musuh-musuh Pakatan Rakyat begitu galak sekali mempertikaikan tangannya Cikgu Normala.
ii.
Demikianlah Umno/BN dengan Negara Islamnya, praktik Islamnya, roh Islamnya, hujah Islamnya sehinggakan para kerabatnya ― (khususnya pemimpin-pelakon vcd itu), berpesta melihat dan memperkatakan Islam.
Bagus juga cerita begini mereka gunakan sebagai lencongan. Melencong daripada masalah besar yang kita, rakyat jelata, hadapi sekarang ini ― tentang kuasa dan bagaimana Umno/BN telah menggunakannya (KUASA itu) selama ini.
iii.
Kebetulan ada satu lagi kisah-peristiwa-teladan juga berkaitan agama Islam yang telah, dengan tidak semena-mena, menjadi isu yang panas. Kisah dan perihal orang mati yang boleh menyusahkan orang yang berKUASA itu.
Khairil Abdul Rahim |
Harakahdaily
LABIS, 24 Jan: Che Zuhar Che Haron, ahli PAS dari Pahang yang mengimamkan solat jenazah Setiausaha Umno Cawangan Kolam Air Felda Tenang, menafikan sebuah berita daripada akhbar Utusan Malaysia hari ini yang menggambarkan beliau seolah-olah ‘merampas’ untuk menjadi imam solat berkenaan.
Sebaliknya, beliau telah ditarik tangan oleh penduduk tempatan dan makmum Masjid An-Nur Felda Tenang itu, setelah jenazah yang sampai sejak jam 10.30 pagi sehingga jam 2 petang tidak disempurnakan kerana imam masjid berkenaan pergi ke padang menyambut Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Apa yang saya lakukan hanyalah menyelesaikan hukum fardhu kifayah setelah sekian lama jenazah setiausaha Umno itu tidak disempurnakan, itupun setelah makmum dan bilal meminta saya berbuat demikian kerana imam sebenar masjid itu pergi ke padang,” jelasnya yang kini masih berada di Labis mewakili Dewan Ulamak PAS Pusat.
Akhbar pro-Umno itu hari ini di muka surat 5 di bawah tajuk ‘PAS terbukti memfitnah PM’, mengatakan Perdana Menteri itu dalam lawatannya ke Felda Tenang, 18 Januari lalu tidak diberitahu kematian Allahyarham Abdul Latif Subhi Mohd pada jam 2.30 pagi sebelum itu.
Akhbar tersebut memetik sumber daripada Pengerusi Biro Khairat Kematian Masjid An-Nur, Hamzah Manaf, 77, dan beberapa pemimpin setempat, tindakan Najib tidak melawat jenazah Setiausaha UMNO Cawangan Kolam Air Felda Tenang, bukannya suatu isu kerana Perdana Menteri memang langsung tidak mengetahui mengenai kematian Allahyarham kerana tidak dimaklumkan mengenainya.”

Dalam kontesk agama Islam ini, kita tentu masih ingat lagi bagaimana seorang mantan pemimpin besar mereka permainkan hudud dan perilaku itu disambut pula oleh mantan Menteri Kerja Rayanya, “ Apa Tuhan boleh bikin jalan rayakah?”
Demikianlah hebatnya Umno dan KUASA yang Umno miliki selama ini, khususnya dalam soal kerja buat ‘mendidik’ dirinya dan juga para kerabatnya memahami/menghayati Islam itu.
iv.
Demikianlah telatah dan kerja buat kerabatnya Umno berhubung tangannya CikGu Normala itu.
Rupa-rupanya sungguh kalut Umno mahu membetulkan cerita dan peristiwa jenazah pemimpin tempatannya.
Sungguh luar biasa perangai dan sikap Umno dan para kerabatnya berhubung isu Islam ini. Sungguh luar biasa sekali.
Para pengikut Umno, khususnya yang mahu hidup dan mati bersama-sama Umno itu, seperti biasa, payah melihat semua ini.
Demikianlah dan itulah Umno, adanya.
Apa pun kita jangan lupa tentang KUASA yang Umno gunakan selama ini, khususnya dalam soal ‘mendidik’ para kerabatnya untuk memahami dan menghayati Islam.
Hari ini, di Tenang musuh-musuh Pakatan Rakyat mempertikaikan tangan Cikgu Normala.
Tindakan Najib tidak melawat jenazah Setiausaha UMNO Cawangan Kolam Air Felda Tenang, bukannya suatu isu, demikianlah Umno bersilat hujah.
Umno ternyata kalut dalam kekalutannya menguruskan Islamnya.
Apa pun, kita janganlah sampai terdaya oleh gelagat Umno dan KUASAnya.
Di Tenang, Umno dan para kerabatnya, sedang kalut menguruskan Islam.
Alahai, Umno.
No comments:
Post a Comment