Kenapa PPSMI itu penting
Berdasarkan surat (1) Timbalan Pengerusi PAGE Malaysia ini, ada beberapa kesimpulan yang dapat kita buat.
Pertama, kebanyakan mereka di dalam PAGE ini terdiri daripada kumpulan ‘elit’. Membaca atau menghayati yang tersirat, Sulaiman Mahran berpendapat ‘elit’ itu mereka yang bijak berbahasa Inggeris dan berjaya di dunia ini.
Mereka termasuklah para Menteri ― para pembuat dasar negara kita untuk manfaat orang-orang kampung dan desa. ‘Elit’ seperti profesional diperlukan di negara ini, itulah sebabnya para elit profesional di luar negara dirayu pulang dengan mengwujudkan Talent Corp.
Golongan ‘elit’ ini berjaya kerana mereka walaupun asalnya datang dari keluarga yang miskin dan buta bahasa Inggeris, mereka telah berjaya kerana kesungguhan dan usaha mereka sendiri. Demikianlah hebatnya makna kemampuan berbahasa Inggeris itu.
Berdasarkan hujah ini, kenapakah pembentukan golongan ‘elit’ ini mesti ditentang. Tidak logik, bukan?
Kedua, rakyat negara ini sewajarnya diberikan pilihan sama ada mahukan PPSMI atau sebaliknya. Ini jelas, menurut orang nombor PAGE ini, selaras dengan slogan “Rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan”.
Dia juga ingin tahu, apakah dengan wujudnya pilihan seperti ini, maka ibu bapa pasti akan memilih PPSMI. Adakah ini yang ditakuti oleh para penentang PPSMI?
Polisi baru MBMMBI telah menurunkan waktu pendedahan bahasa Inggeris daripada 40% ke 20% dan ini akan menjejaskan tahap penguasaan bahasa Inggeris dan penguasaan ilmu.
Ketiga, “PPSMI adalah MBMMBI yang terbaik dan penentang PPSMI hanya akan menghancurkan masa depan bangsa dan negara kita.
Tambah En Sulaiman lagi, seperti kata Tun Dr Mahathir, "Orang Melayu akan jadi bodoh".”

ii.
Ada sesiapa yang ingin menambah?
Rasanya, idea para penentang PPSMI dan PAGE duduk bersama dan berbincang berhubung isu bahasa Inggeris dan segala yang berkaitan dengannya, elok juga kita usahakan.
Paling tidak boleh juga kita berkenal-kenalan dan saling kenal-mengenali.
Bukankah begitu?
___________________________________________________
|
(1) Dari surat pembaca Malaysiakini: “PAGE mahu yang terbaik untuk anak-anak”
Sulaiman Mahran (*) Jan 25, 2011 - 10:36pm
Kami merujuk pada artikel "PPSMI: Kerajaan diminta tidak layan desakan Page" (Utusan 21/01/2011).
Kami musykil kenapa kumpulan "elit" PAGE sering dipersoalkan. Kebanyakan ahli PAGE yang ditafsirkan sebagai "elit" oleh sesetengah pihak adalah berasal daripada keluarga yang buta Bahasa Inggeris dan susah dan tidak berkemampuan dahulu tetapi kesedaran dan pendedahan kepada bahasa ilmu pengetahuan iaitu Bahasa Inggeris menjana dan menjadi pemangkin utama kejayaan mereka sekarang.
Faktor yang sama mereka mahukan bukan sahaja untuk anak-anak mereka tetapi rakyat Malaysia secara keseluruhannya.
Bukankah elit itu satu pengiktirafan kejayaan hidup di dunia ini?
Bukankah elit-elit negara (menteri-menteri) di Parlimen yang menggubal polisi dan dasar negara untuk rakyat di kampong dan desa? Bukankah para profesional yang elit di luar negara yang dirayu kerajaan untuk kembali ke tanah air melalui Talent Corp?
Kami di PAGE hanya mahukan apa yang kami fikir terbaik untuk anak-anak Malaysia. Kami tidak menentang keputusan kerajaan untuk mengajar sains dan matematik dalam Bahasa Melayu di sekolah-sekolah yang mahukannya.
Kami cuma mahukan sekolah-sekolah diberi opsyen untuk memilih PPSMI atau sebaliknya.
Adakah pihak penentang PPSMI takut untuk opsyen ini diberi sebab mereka tahu kebanyakan ibu bapa di bandar dan juga luar bandar akan memilih PPSMI?

PAGE mengesyorkan agar opsyen ini diberi dan kita tunggu dan lihat sambutannya, selaras dengan slogan YAB Perdana Menteri 'Rakyat didahulukan. Pencapaian diutamakan.'
Polisi baru MBMMBI telah menurunkan pendedahan kepada Bahasa Inggeris dari 40 peratus (jumlah waktu pembelajaran) ke 20 perayus sahaja. Ini sudah pasti akan melemahkan penguasaan Bahasa Inggeris. Dengan itu generasi anak-anak kita akan tersekat dalam penguasaan ilmu.
Sebagai orang Islam, kita dituntut melalui wahyu pertama, "Iqra'", untuk menimba ilmu. Dengan menjauhi ilmu, jatuhlah bangsa dan hinalah agama. Bukankah menimba ilmu itu ibadah yang lebih afdal dan utama daripada memartabatkan bahasa?
Di bawah PPSMI, martabat Bahasa Melayu tidak tergugat kerana pendedahan kepadanya masih lagi 60 peratus.

PPSMI adalah MBMMBI yang terbaik dan penentang PPSMI hanya akan menghancurkan masa depan bangsa dan negara kita.
Seperti kata Tun Dr Mahathir, "Orang Melayu akan jadi bodoh".
Oleh itu kami, demi agama, negara dan bangsa, tetap akan memperjuangkan PPSMI sebab ianya menjaga martabat Bahasa Melayu (60 peratus) seperti yang dituntut oleh Perlembagaan Persekutuan dan memberi peluang untuk anak-anak kita berjaya menimba ilmu dalam Bahasa Inggeris (40 peratus), yang tersebar luas dalam dunia era informasi dan ilmu
zaman ini.

_____________________________________________
(*) Penulis adalah Timbalan Pengerusi PAGE Malaysia
No comments:
Post a Comment