Tok Laki mau berislah
“Kenapa tak henti-henti mengeluh bang?” sejak siang tadi suaminya asyik saja mengeluh. Banyak ungkapan yang pelik-pelik yang terpacul dari mulut Tok lakinya ― ungkapan yang entah apa maknanya.
“Bininya tinggal di hotel termahal di dunia. Sewanya satu malam 140 ribu ringgit!”
“Kau tok sah dok bedeaah!! Siapa tukang bawa fitnah jahat itu?”
“Semua orang cakap. Tu, di kedai Abu Seman, aku diperli semua orang yang ada dalam kedai kopi tu!!”
“Abu Seman yang pakai kopiah putih tu? Itukan pembangkang tulen? Takkanlah dia nak puji parti lawannya? Jangan percaya, ini semua fitnah belaka”
“Kau pergilah ke mana saja dalam bandar Diraja ini, tak ada seorang pun yang tak cakap. Semua orang cakap. Aku diperlinya. ”
“Itu dengkilah tu. Kerja orang dengki memang macam tu. Tak boleh tengok orang nak senang sikit, bengkak perut!”
“Hoooi Cik Cah! Kau taukah apa yang kau cakap ni?”
“Katakanlah semua ini betul. Apa salahnya jika dia dok mewah-mewah. Dia tu bini pemimpin nombor satu di kawasan kita. Laki dia berduit, dia mampu bagi bininya yang mewah-mewah. Bang, kita patut bangga kerana yang dapat peluang istimewa begitu Melayu juga. Orang Melayu duduk di hotel paling mahal di dunia ini! Takkkah kita tak boleh bangga? Bukan senang nak dapat peluang istimewa macam tu...”
“Yalah, rasuah, penipu tak apa kerana dia Melayu.”
“Abang pun tak boleh mengada-ada. Itu gaji abang yang abang cucuk setiap bulan tu sapa yang bayar? Abang pergi umrah sapa yang bayar? Motosikal baru tu, sapa yang bayar duit mukanya?”
“Kau tak boleh bezakan...”
“Abang tak mengenang budilah!...”
Yang namanya Tok Laki terdiam:
Gaji setiap bulan, Melayu mesti istimewa, perk ke umrah, motosikal baru, tak apa asalkan Melayu, budi orang, termakan budi...
Minggu depan kena jumpa lagi di rumah tepi Sungai Pahang, nak minta rekomen kerja untuk cucu ke sepuluh yang baru lulus SPM...
No comments:
Post a Comment