Kematian, politik, tanggungjawab yang masih hidup dan debat
Kalau ada yang masih yakin bahawa kematian itu terminal terakhir ― kes ‘tutup buku’ yang tidak perlu dipedulikan lagi, elok juga jika pendirian sebegini diteliti semula. Yang mati, kerap merongrong mereka yang hidup.
Sekarang ini kita temui episode-episode yang membuktikan bahawa rupa-rupanya kematian juga mampu menyusahkan mereka yang masih hidup ― khususnya para politikawan.
Maka ada dalam kalangan kita yang terfikir: “ Mengapakah para pembangkang ini tidak membiarkan saja mereka yang telah pergi itu, bersemadi dengan aman? Biar TENANG Sang Penguasa ― hidup TENANG semahu-mahunya.”
Cerita Nombor Satu
“PM: Tenang by-election bigger than Teoh Beng Hock
(Oleh: Kuek Ser Kuang Keng Jan 18, 11 6:02pm Malaysiakini)
[Prime Minister Najib Abdul Razak today pledged his commitment to unravel the mystery behind Teoh Beng Hock's death as he addressed Tenang's sizeable Chinese community.
“We also want to know the real truth and what happened to him. Don't politicise this issue. We have ways to find out the truth. We won't protect anyone. This is the government's vow.”]
“We also want to know the real truth and what happened to him. Don't politicise this issue. We have ways to find out the truth. We won't protect anyone. This is the government's vow.”]
Cerita Nombor Dua:
Sementara itu dalam laman maya, Harakahdaily, kita petik berita ini:
Harakahdaily |
[LABIS, 19 Jan: Para petugas PAS dari Pahang terpaksa mengurus dan mengimamkan solat jenazah Setiausaha Umno Cawangan Felda Tenang yang meninggal dunia semalam apabila imam yang bertugas terpaksa meraikan kedatangan Perdana Menteri ke tanah rancangan Felda itu.
Abdul Latif Subhi bin Mohd Din, 61, meninggal dunia selepas diserang sakit jantung dan darah tinggi yang melampau selepas menguruskan kedatangan PM ke Felda itu.
Namun, sehingga jenazah beliau selamat dikebumikan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak sempat menjenguk jenazah beliau walaupun masjid yang menempatkan jenazah itu hanya 50 meter dari padang tempat acara untuk Perdana Menteri diadakan.
"Jenazah itu berada di masjid sejak jam 10 pagi. Ia tidak diziarahi apatah lagi disembahyangkan oleh Presiden Umno yang datang ke situ,"kata seorang saksi kejadian itu pagi semalam.]

Cerita Nombor Tiga
Ini lain pula ceritanya. Cerita orang hidup yang digambarkan seolah-olah begitu ghairah sekali mahu berdebat. Sebagai pelengkap, ada yang membalas, lebih bagus jika kau lebih berhati-hati, kerana kau mungkin saja demam-demam akibat berdebat.
Bukan main, bukan main lagi.
Apa pun, sudah ada pemimpin peringkat negeri yang mengusulkan supaya debat ini disusun-atur supaya lebih teratur; biar jelas apa yang mahu diperdebatkan (semacam soalan bocorlah, agaknya).
Kata pemimpin ini lagi, debat juga tak menyelesaikan apa-apa masalah.
Betul juga tu. Bukankah segala masalah yang ditinggalkan mereka yang pergi dan tidak kembali lagi itu pun sudah cukup memeningkan kepala ― sekarang mahu ditambah pula dengan berdebat?
Dalam konteks perkembangan mutakhir, apakah tidak mungkin pendebat itu kita proksikan saja? Misalnya menghantar isteri tersayang atau pun sang suami, sebagai proksi.
Kalau nak tahu cara dan kaedahnya, kita boleh saja meminta nasihat daripada SPR ― pakar baru PROKSI memeroksi.
No comments:
Post a Comment