Wednesday, March 30, 2011

Pemimpin, bahasa dan sistem pendidikan

Gerakan Darurat Bahasa (GDB) ke Parlimen


Banyak yang boleh disentuh dalam kunjungan hormat GDB ke Parlimen.  Kita begitu berterima kasih kepada YB Dato’ Mahfuz Omar kerana sudi menerima rombongan kami.  Syukurlah masih ada yang sudi mengangkat isu-isu seperti ini untuk perhatian media di Parlimen.  Dalam masa yang terdekat ini, kita percaya pelbagai aspek akan dilaporkan oleh akhbar-akhbar bukan milik Umno/BN berhubung institusi bahasa yang sudah begitu lama dibiarkan itu.

Kita tertarik dengan apa yang telah ditanggapi oleh YB Tian Chua.  Ini satu dua contohnya:

Bagaimana sebuah pemerintah itu telah meminggirkan bahasa kebangsaannya pada hal bahasa itu adalah salah satu yang terbesar di dunia.  Bagi Ahli Parlimen yang begitu kerap dikeroyok  aparat penguasa dalam pelbagai tunjuk perasaan di negara kita, hal-hal yang seperti ini tidak dilakukan oleh para pemimpin negara lain.  Pemimpin-pemimpin negara mengangkat dan memartabatkan bahasa kebangsaan mereka dengan amalan dan teladan.

Beliau juga menyatakan dengan tegas bahawa bahasa Melayu itu adalah bahasa rasmi negara ini, maka kedudukannya dihormati dan diletakkan di tempat yang wajar.  Sayangnya ini tidak berlaku.


ii.

Tatkala berkeliaran mencari penumpang beberapa hari yang lalu, saya berkesempatan membawa seorang anak muda Inggeris yang katanya berasal dari London.  Kata anak muda ini, tanpa disedari dia sudah lebih setahun mengajar di salah sebuah sekolah swasta di Kuala Lumpur.

“What syllabus does your school follow?”  

“Singapore...”

Hati terasa sedemikian sayu. 

Demikianlah tingginya kredibiliti pelbagai sistem yang kita miliki, termasuk pendidikan.  Hatta di negara ini sendiri,  orang memilih sistem pendidikan yang bukannya milik negara ini.

Maka Pak-Pak Menteri pun tidak begitu birahi jika anak-anak mereka bersekolah di sekolah-sekolah yang mereka telah bangun dan uruskan selama ini. 

Apakah ini tidak ironis?


No comments: