Sunday, November 13, 2011

Yang gah

Satu.

Di negara ini, tidak kira bila dan di mana ─ yang menentukan tingkah laku rakyat terbanyak, khususnya gelagat-berjalan-dalam-tidur, sleep walkingnya, mamainya para aparat ialah SIAPAKAH pemimpin besarnya.  Ya, kepala kabilah menentukan cara,  gaya dan tingkah laku para aparatnya di depan khalayak.

Ini tidak mengherankan kerana kebijaksanaan silam, ‘sekali air bah sekali pantai berubah’ telah lama kita temui.  

Ertinya kepala (h)otaknya Kepala KabilahLAH yang mendorong bagaimana radio, tv misalnya berfungsi.  Kepala (h)otak Kabilah itu juga yang menggiring bagaimana kita yang menghadiri sesuatu majlis itu dialu-alukan, ditabik.

Kita tentu masih ingat bagaimana satu ketika dulu Islam Hadhari itu dijual di mana-mana saja dalam acara rasmi, separa rasmi dan juga yang tidak rasminya... Hari ini, yang kita temui:

“Salam Satu Malaysia!”

2.

Bagaimana agaknya perkataan keramat Kabilah iaitu ‘SATU’ itu menangkap imaginasi para aparatnya?  

Maksudnya begini.  Agaknya apakah yang tergambar dalam fikiran para pelontar kata-kata keramat ini,  setiap kali ungkapan salam versi terbaru ini terpacul dari mulut-mulut mereka?  Apakah yang terdetik di hatinya,  setiap kali mereka ‘bersalam Satu Malaysia’ dengan khalayaknya? 

Atau apakah sepertimana dalam banyak perkara di negara ini, kata-kata seperti ini tidak mempunyai makna apa-apa kerana apa yang sebenarnya berlaku hanyalah sekadar ajukan, peniruan bulat-bulat perangai tiong dalam sangkar?


3.

Semalam berbisiklah seorang teman,  “Bila pengacaranya memulakan dan menganyam seluruh acaranya dengan ‘Salam Satu Malaysia’,  “awak taulah kiblat NGO itu...”

_____________________________________________________________
Dalam akidah Islam, ‘satu’ juga menceritakan perihal ketiadataraan kuasa mutlak itu, tentang kuasaNya yang tiada tandingannya.  Ini disebut sebagai Omnipotent. 

  
Omnipotent (having unlimited or very great power: mempunyai kuasa yang tidak terbatas atau yang sangat besar: the omnipotent officials, bureaucrats, state police, etc: pegawai, birokrat, pegawai polis, dsb yang sangat berkuasa. The omnipotence of God: maha kuasa Tuhan.  Oxford Fajar, Advanced Learner’s English-Malay Dictionary, 2001 A S Hornby, penterjemah dan editor umum Asmah Haji Omar. (halaman 1269).

  


  

No comments: