Monday, November 14, 2011

Pakej Transformer

Temu janji bersama anak-anak muda
Sabtu, 26 November 2011
Kampong Bandar Dalam, Kuala Lumpur.



“Beberapa kali berita dan ceritanya tersiar dalam Harakah.  Perihal tujuh kampung tradisi di pinggir Kuala Lumpur yang terlibat dengan Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020 (PSKL 2020), atau juga disebut “draf KL 2020” itu.  Bukan sahaja cerita penduduknya tidak puas hati dengan rancangan pihak berkuasa hendak “membina pembangunan” di atas tanah mereka (bukan membangunkan kampung mereka), lalu mereka menubuhkan Muafakat dan menghantar memorandum; tetapi juga cerita sahabat seniman kita, Siti Zainon Ismail, yang bersama-sama dengan Cikgu Ishak Surin dan jemaah Madrasah Tarbiyah, Kampung Bandar Dalam, mengadakan aktiviti seni-budaya, bagi menyatakan hal yang sama; dan A Samad Said (sasterawan Negara) pun hadir, menyatakan dokonganya.”

(Pengantar)
2.

NUR HANIM KHAIRUDDIN

Makan hati tak tertelan

Sangkakalanya mengaum lagu
Menggerakkan nafsu menggempur ratib
Siaga untuk sbuah padang baru
Rakyat longlai ditimbang untung nasib

Tak cukup lagikah bukit ditarah?
Tak cukup lagikah pokok dipangkas?
Tak cukup lagikah menghisap darah?
Tak cukup lagikah projek di markas?

Moden sangatkah
Kontemporari sangatkah
Garda-hadapan sangatkah
Kalau menujah ke langit tertancap ke bulan
Orang kampung makan hati tidak tertelan”

23 Zulhijah 1431
Ipoh, Perak.

Pyanhabib & Dinsman, Antologi Puisi 56 Penyair, menyokong perjuangan orang-orang kampung mempertahankan kampung warisan kita di Kuala Lumpur. Seniman Paksi Rakyat Malaysia (PAKSI), 2010 (halaman 34).



3.

Anak-anak muda sekalian, PANGKAHlah tarikh, 26 November 2011 itu untuk acara di atas. 

Anak-anak muda sekalian, luangkan masamu untuk bersama-sama orang-orang kampung Kampung Warisan ini.


4.

Kampung Warisan ─ lauk marhaen,
pakej transformasi, “Pembangunan!”



No comments: