Saturday, November 12, 2011

Dikri SUCI

Satu sesi persidangan


Telah bersidang seluruh wakil binatang seBelantara.  Sidang dipengerusikan oleh Singa, MahaRaja Binatang.

MahaRaja Binatang: Sebelum kita mulakan sidang, ini ada beberapa pengumuman penting:

Pertama:  Usaha Lembu Tenusu telah kita pelbagaikan.  Sejak musim lalu,  selain memeras susu-susu feedlot itu, kita juga memeraskan usaha dengan mempelbagaikan bisnes.  Kita sudah belikan kondo murah.  Sesiapa saja yang berminat boleh saja ajukan permohonan kepada Menteri Jaga Susu.

Semoga berjaya.

Kedua: Rajawali, ketua dan kepala segala mazhab burung telah kita lantik sebagai wakil tunggal pemungut zakat bijirin termasuk, ya termasuk ─ minyak bijan pewangi dan pelebat bulu dada.        

Di samping itu,  semua penjaga sarang burung walid di seluruh negara juga akan dilantik oleh Rajawali.  Jangan salah faham.  Ada kebijaksanaannya dan kebijakan kita dalam strategi besar ini. 

Jangan salah faham.  Ini adalah sebahagian daripada agenda besar,  wahyu TRANFORMER kita: Kita tidak boleh lagi subkontrakkan sebarang kerja-kerja religius. 

Oleh itu mulai saat ini, para penjaga rumah burung walid yang tak bertauliah kerana tidak akan diberikan tauliah akan KITA hambat sampai ke hujung langit ─ sekiranya mereka masih lagi degil, dan berdegil mahu mendekati sarangnya.

Kedua kita jangan lupa hakikat bahawa Rajawali itu wakil tunggal para burung sekalian, wakil tunggal burung yang diturunkan khas dari langit ke tujuh.  Oleh itu berdosa besarlah kita, ya amat berdosalah ─ besarlah .... jika kita tidak patuhi dikri suci ini.


Ketiga:  Hmmmm...hari ini 11.11.11.  Saya dan suami belum lagi mendapat ilham bilakah tarikh paling sesuai buat seluruh binatang ke padang untuk memilih barisan kepemimpinan Belentara. 

Insyallah, pada hari yang baik,  bulan yang baik nanti, saya...suami saya akan bermimpi lagi.

Sidang keramat ini, kita tangguh sesi melodinya.



No comments: