Apabila Lebai Google menterjemah dengan gratis.
Leo Tolstoy, Hadji Murat terjemahan Kyril Zinovieff dan Jenny Hughes Oneworld Calssics, Surrey, U.K. 2011, (halaman 17)
“There is a lovely choice of flowers at this time of the year: red, white and pink clover, fragrant and fluffy; impudent daisies; milk-white, ox-eyed “love-me-love-me-not” with their bright yellow centres and their fusty intoxicating stench; yellow charlock with its smell of honey; tall mauve and white campanulas with their tulip-shaped bells; the creeping vetch; the tidy scabious ─ yellow, red, pink and purple; plantains, with the faintest of pink down and a hardly discernible smell; cornflowers, bright blue in the sun and when young, paler blue and reddish in the evening and as they grow old; and the tender, almond-scented flowers of the convolvulus that fade as soon as they open.”
Lebai Google menterjemahnya begini:
"Terdapat pilihan yang indah bunga pada masa ini tahun: semanggi merah, putih dan merah jambu, wangi dan gebu, daisies kurang ajar; susu putih, bermata besar "cinta-me-cinta-saya-tidak" dengan pusat kuning cerah dan bau basi mereka yang memabukkan; charlock kuning dengan bau madu; tinggi campanulas lembayung muda dan putih dengan loceng berbentuk bunga tulip mereka; vetch menjalar; berkurap rapi ─ kuning, merah, merah jambu dan ungu; plantains, dengan faintest down merah jambu dan bau yang hampir tidak dapat dilihat; cornflowers, biru cerah di bawah cahaya matahari dan apabila muda, biru pucat dan kemerahan pada waktu malam dan kerana mereka menjadi tua dan tender, badam-bunga yang harum convolvulus itu yang pudar dengan seberapa segera yang mereka terbuka."
2.
Dengan segala kelemahan dan kelebihan yang ada padanya, ternyata Lebai Google telahpun memindahkan secara literal@langsung makna teks bahasa Inggeris itu ke bahasa Melayu. Yang dwi-bahasa, tentu saja tersenyum lebar melihat telatah Lebai ini bersusah payah mahu permudahkan ‘komunikasi dua bahasa’ ini walaupun laras bahasa Melayunya, begitu lucu sekali.
3.
Apakah pengajarannya yang boleh kita perolehi dari contoh di atas?
Pertama, kita teruja dengan kecanggihan teknologi dan ‘manfaat’ yang telah dipasarkan kepada kita. Kita ─ sebagai pengguna teknologi, berasa beruntung kerana mendapat manfaat seperti ini dengan percuma.
Apakah andaian ini tepat? Mendapat manfaatnya dengan gratis? Apakah dalam buana hari ini masih ada yang diberikan cuma-cuma/gratis/percuma?
4.
Kita tentu pernah dengar atau baca bagaimana negara yang lebih maju itu kerap sekali mengeluarkan pelbagai dana untuk mengkaji aspek itu dan ini di negara-negara yang memerlukan kajian. Ya, semua kajian ini dilaksanakan dengan percuma@gratis. Akhirnya ─ selama bertahun-tahun, pelbagai dan segala macam kajian telah dilaksanakan. Bayangkan apa saja negara pemberi dana, yang kaya raya itu tidak ketahui tentang negara yang ‘dikaji’nya selama bertahun-tahun itu.
Apakah maklumat seperti ini tidak ada apa-apa nilainya?
Sebagai contoh mari kita kembali ke rumah sejarah kita. Masih ingat cerita bagaimana tentera berbasikal Jepun dalam Perang Dunia Kedua itu memasuki segala ceruk kampung dengan begitu mudah dan cekap sekali? Ya, mereka sudah ketahui segala ceruk dan rantau negara yang diserangnya itu seperti memahami tapak tangannya sendiri. Apakah yang sebenarnya berlaku sebelum Perang itu meletus?
Khabarnya orang-orang Melayu rata-rata begitu teruja dengan barang-barang yang dijual dengan begitu murah di merata kampung. Barang-barang murah dijual oleh para pedagang Jepun. Para pedagang yang kembali semula sebagai tentera.
5.
Maka bukanlah satu kebetulan jika umat Islam diseru: Bacalah!
Oleh itu ─ khususnya anak-anak muda, bacalah dengan rakus supaya cepat-cepat menjadi pandai dan berilmu. Dengan ilmu, pengalaman dan kemahiran, semoga kebijaksanaan itu lekas-lekas membesar di dalam diri anak-anak muda. Membesar dan mendewasa supaya tidak mudah ditipu lagi oleh orang-orang itu.
No comments:
Post a Comment