“Video seks: Umno yang tutup mulut mufti Nazri Abdullah |
KUALA LUMPUR, 1 Apr: Umno sebenarnya yang menutup mulut mufti dari memberi pandangan berhubung isu video seks yang didakwa membabitkan Ketua Pembangkang, kata Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad. Katanya, ia terbukti apabila Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria mendedahkan akhbar milik Umno, Utusan Malaysia yang tidak mengeluarkan padangannya berhubung isu pendedahan video seks tersebut. "Kalau begitu nampak sangat Umno dan medianya (Utusan) ada agenda sendiri. "Pandangan yang menyebelahi pembangkang mereka tak siar, yang menghentam pembangkang mereka siar," katanya yang juga Yang Dipertua PAS Shah Alam. "Nampak sangat mereka mempergunakan mufti untuk kepentingan politik," tambahnya lagi. Harussani seperti dilapor The Malaysian Indsider semalam mendakwa beliau telah mengeluarkan pandangan kepada Utusan bahawa pendedahan video itu telah mengaibkan Anwar kerana tiada saksi yang boleh ia belum dibuktikan kebenarannya. Namun kenyataannya itu dipotong sebahagiannya dan tidak disiarkan penuh oleh akhbar Umno itu. |
...” di petik dari laman Harakahdaily
_____________________________________
Ada beberapa perkara yang boleh kita pelajari. Di sini kita sentuh dua aspek saja:
Pertama, takrif ‘hantu dan jembalang’ sepertimana yang dibentangkan kepada khalayak khususnya rakyat Sarawak oleh TPM itu, sebaik-baiknya diteliti semula. Dalam konteks politik yang sihat lagi matang, apa yang dikelaskan sebagai jembalang a.k.a. (also known as atau dikenali juga sebagai) ‘hantu’ oleh Tan Sri TPM itu adalah pihak yang sentiasa saja mendedahkan segala salah laku, kepincangan, keboborokan dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengannya yang dilakukan oleh pemerintah.
Sama ada dakwaan oposisi itu benar atau pun salah, itu cerita@aspek lain. Itu cerita lain kerana yang lebih afdhal kepada pihak opisisi ialah memantau dengan teliti segala perbuatan, tingkah tak laku pemerintah yang sedia ada. Tujuannya cukup mudah: Pihak oposisi juga mahu merampas kuasa yang dipegang oleh penguasa sedia ada itu.
Oleh sebab itu kalaulah wujud yang namanya hantu-jembalang itu, mungkin hantu itu adalah pemerintah yang memegang segala kuasa ― ya, segala kuasa ― termasuk kuasa untuk menyonglap dan me’r/l’esapkan apa saja yang ia mahu ― bila, bagaimana, di mana saja sang penguasa itu mahu.
Itu pengajaran pertama.
Pengajaran yang kedua ialah jika sudah terbukti, dan berkali-kali pula terbukti demikian, bahawa sesungguhnya akhbar-akhbar kita tidak lagi mampu berkelakuan telus, adil dan saksama seperti sebuah akhbar yang tulen (mengikut takrif akal yang masih waras ‘apakah itu akhbar’) maka sudah sampai masanya, semua pihak termasuk Tan Sri mufti memberikan kenyataan mereka kepada akhbar pihak lain ― termasuk yang dimiliki oposisi.
Dengan berbuat demikian maka pelbagai institusi awam yang terlibat, termasuklah institusi agama kita, tidak lagi dituduh sebagai cawangan Umno/BN.
Bukankah begitu?
No comments:
Post a Comment