Saturday, April 2, 2011

"Tuan kita ternak saja kerbau balax..."

KPN SAHKAN VIDEO SEKS TULEN - meloya

Ketua Polis Negara Ismail Omar hari ini mengesahkan video seks yang didakwa melibatkan salah seorang pemimpin parti pembangkang adalah tulen.

Menurutnya, kesahihan mengenai rakaman dalam video itu telah disahkan oleh pakar yang membuat kajian terhadapnya.

Beliau berkata, rakaman video itu akan diserahkan kepada Peguam Negara dalam masa terdekat manakala siasatan kini di peringkat akhir.
__________________________________


Setiap kali membaca berita-berita begini, ada beberapa perkara yang terlintas dalam kepala:

Lintasan pertama:   

Dalam cerita hero maha gagah Superman, kita temui ungkapan seperti:

“It’s a bird!!”

“It’s a plane!!

“No, no ― it’s Superman!!”


Masih ingat pengalaman menulis karangan tatkala di sekolah menengah dulu? Ya, bagaimana kekadang, sesebuah tajuk karangan itu boleh menyusahkan kita?  Ya, semasa kita berdepan dengan tajuk yang kita tidak begitu khatam isinya ― tajuk karangan yang ‘boleh’ digarap tetapi hasilnya mungkin tidak mantap, dek isinya yang hampa(s) itu?

Pengalaman ini bolehlah diulangi semasa kita berdepan dengan soalan yang ‘sukar’ dijawab kerana kita ogah atau memilih-milih untuk menjawabnya dengan betul.  Mungkin soalannya ialah “Kenapakah kerajaan tidak menggalakkan industri ruminan berskala besar sebagai salah satu strategi utama untuk meningkatkan hasil tenusu?”

Fikir punya fikir,  maka sebagai pegawai penternakan haiwan yang berpengalaman,  kita pun dengan dada yang tertutup, jawablah ― kira-kira begini:

“Kerajaan memang bercadang untuk menggalakkan rakyat memelihara  kerbau dengan lebih meluas lagi, lebih-lebih lagi kerbau balax...”

Wartawan yang telah dimasukkan ke dalam perangkap itu, terlupa kepada soalan pokok@utamanya, lalu ingin sekali mendapatkan penjelasan lanjut:

“Tuan, kenapakah kerbau balax dan bukannya normal...?”

Sambil tersenyum simpul, pegawai yang pakar penternakan (dan juga pakar pengalih isu) ini menjawab, “ Kebau balax,  berbalax-balax, terlebih cantiknya, macam bik mama.”


ii.

Di mana saja, bila saja, siapa saja kerap sekali membina lencongan (diversion).   Dalam kes di atas lencongannya ialah video itu authentic, tulen, sah dan betul.

“It’s Superman and it’s not a bird or a plane!!”

Itu sah kerbau ― bapa kerbau celoreng-celoreng....”

Ah, betapa hebatnya negaraku yang tercinta ini.


No comments: