Monday, May 30, 2011

DAP dan calon Melayu

Dari Malaysiakini:
'Calon Melayu DAP gusarkan Umno'

Mei 29, 11 4:31pm

Tindakan DAP yang mungkin meletakkan calon Melayu pada pilihan raya umum akan datang semakin menggusarkan pemimpin BN, khususnya Umno yang menyifatkan tindakan itu sebagai tamak.

Menurut ahli majlis tertinggi Umno, Datuk Seri Noh Omar yang dipetik Bernama, berkata, tindakan itu dibuat berikutan beberapa negeri yang memperuntukkan hanya orang Melayu sahaja menjadi ketua negeri berbanding kaum lain.

Dakwanya kejadian yang berlaku di Perak selepas pilihan raya umum ke-12 lalu patut dijadikan iktibar kepada mereka untuk memilih orang Melayu dalam parti itu bertanding pada pilihan raya umum nanti.

"Perkara itu perlu dilihat oleh rakan parti pembangkang lain khususnya PAS kerana selama ini mereka diperkudakan oleh DAP demi kepentingan politik sendiri dan untuk itu pemimpin Melayu dalam PAS perlu menyedarinya supaya jika tersilap langkah, ia akan merugikan kaum itu sendiri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno di Temerloh hari ini.

Bernama
juga melaporkan Noh mendakwa orang Melayu yang masih dalam dilema memilih parti yang boleh meneruskan perjuangan mereka.

Menurutnya perjuangan DAP adalah satu kaum dan ia boleh dilihat dengan nasib Melayu yang berlaku di Pulau Pinang.

Katanya, hanya Umno sahaja mampu memperjuangkan nasib rakyat sehingga mendapat manfaat daripada pelbagai pembangunan yang dilakukan oleh kerajaan.

Laporan itu bagaimanapun tidak menghuraikan cara Umno memperjuangkan nasib bukan Melayu.

__________________________________


Mari kita teliti berita ini dengan lebih lanjut:

i.  Senarai buah fikiran Menteri Umno ini

Pertama:

“Tindakan DAP yang mungkin meletakkan calon Melayu pada pilihan raya umum akan datang semakin menggusarkan pemimpin BN, khususnya Umno yang menyifatkan tindakan itu sebagai tamak.”

Ini pandangan penulis tentang seluruh isi berita iaitu DAP yang mungkin meletakkan calon Melayu menggusarkan BN.

Kedua:

Umno yang menyifatkan tindakan itu sebagai tamak.

Ketiga:

Rasional kenapa DAP mahu meletakkan calon Melayu ialah kerana “beberapa negeri yang memperuntukkan hanya orang Melayu sahaja menjadi ketua negeri berbanding kaum lain.”


Keempat:

"Perkara itu perlu dilihat oleh rakan parti pembangkang lain khususnya PAS kerana selama ini mereka diperkudakan oleh DAP demi kepentingan politik sendiri dan untuk itu pemimpin Melayu dalam PAS perlu menyedarinya supaya jika tersilap langkah, ia akan merugikan kaum itu sendiri,"

Kelima:

Bernama juga melaporkan Noh mendakwa orang Melayu yang masih dalam dilema memilih parti yang boleh meneruskan perjuangan mereka.

Keenam:

Menurutnya perjuangan DAP adalah satu kaum dan ia boleh dilihat dengan nasib Melayu yang berlaku di Pulau Pinang.

Ketujuh:

Katanya, hanya Umno sahaja mampu memperjuangkan nasib rakyat sehingga mendapat manfaat daripada pelbagai pembangunan yang dilakukan oleh kerajaan.


ii.   Apa yang boleh kita RUMUSKAN dari hujah Menteri Umno ini


Dalam bacaan Umno hanya Umno saja yang layak meletakkan calon Melayu.  Pihak Oposisi (Pas, PKR, DAP) yang meletakkan calon Melayu TIDAK diiktiraf sebagai Melayu kerana mereka TIDAK mewakili Umno. 

Inilah bukti jelas mentaliti Umno ― penganut paling tegar fahaman ‘pecah dan perintah’ yang dibawa oleh penjajah.

Di mata Umno, orang Melayu hanya menjadi Melayu jika dia datang dari rahimnya Umno.

Hujah ketiga menunjukkan Umno hanya mahu Melayu Umno saja yang menjadi Ketua Menteri atau Menteri Besar.  Melayu yang lain walaupun Melayu tidak layak menjadi ketua pemimpin negeri. 

Demikianlah besarnya Melayu Umno itu!  

Hujah keempat membuktikan sikap Umno terhadap parti-parti komponennya yang bukan Umno.  Mereka (MCA, Gerakan, MIC dll) hanyalah kudanya Umno.

Kita tak tahu kenapakah parti-parti yang bukan Umno ini masih lagi rela menjadi kudanya Umno.

Hujah kelima menunjukkan Umno masih juga berpura-pura belum sedar.  Umno sudah gementar kerana para pengundi telah memutuskan untuk menukar kerajaan Persekutuan.  Umno bersusah payah mencari jalan bagaimana mahu kekalkan kuasa itu.  Salah satu kaedahnya ialah perleceh upaya DAP meletakkan calon-calon Melayu.

Hujah keenam yang jelas berniat menjadikan DAP itu hantu kepada orang-orang Melayu sudah TIDAK lut dan TIDAK boleh dipakai lagi.  LGE di Pulau Pinang adalah buktinya.  Umno menyesal kenapa mereka telah menye’kru’ negara ini sedemikian rupa sehingga rakyat nampak dengan jelas Umno itu tukang kutip habuan/sewa para cukong saja. 

Sudah lama Umno berhenti memimpin ― ia sekadar dan ― hanyalah agen komisen.

Hujah ketujuh....Sungguh-sungguh tak tahu malu....  



No comments: