Monday, May 30, 2011

Kata-kata mereka

Kata-kata hikmat Sang Pemimpin

 

Petikan seperti di bawah ini mengingatkan kita kepada buku yang diterbitkan oleh Mataharibooks, siri buku yang dinamakan "Malaysian Politicians Say the Darnest Things" oleh Amir Muhammad


Perhatikan buah fikiran yang terkadung dalam kata-kata mereka ini.  Entah berapa ramaikah rakyat Malaysia yang memberikan perhatian mereka kepada kata-kata ahli-ahli politik seperti ini.

Atau bacalah makna yang boleh dipetik di sebalik berita-berita seperti ini, contohnya tentang tarikh pilihan raya PRU13.  


Muhyiddin Yassin : Najib Watch Your Back! http://anwaribrahimblog.com/

By :MCKK64
 21 May

Muhyiddin in the same time frame, was in Kangar declaring that “UMNO’s struggle is to bring development to the Muslim community, which is the majority group in the country! We are certainly a Muslim nation. If PAS campaign about wanting a Muslim nation, we already have it. Ever since independence, our main focus was to champion the cause of Islam”

______________________________________
Najib minta bantuan belia pertahankan Putrajaya
http://www-cdn.malaysiakini.com/v6/media/authors/50x50/526567696e61204c6565_50x50.jpg
Regina Lee
Mei 28, 11
9:30pm
Malaysiakini


“Di sini, satu juta belia berkumpul di Putrajaya bagi mempertahankan kerajaan. Sanggupkah anda mempertahankan Putrajaya bersama saya?” soalnya kepada hadirin dan disambut jeritan “ya”.

Najib kemudiannya melaungkan “pertahankan Putrajaya” sebanyak tiga kali.
Berkecai tulang

Sebelum ini pada perhimpunan agung tahunan Umno tahun lalu, Najib juga menjaja tema yang sama meminta ahli Umno bersamanya mempertahankan Putrajaya.

"Walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa. Saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan!" kata Najib yang juga presiden Umno pada Oktober tahun lalu.
________________________________________


Tarikh PRU-13: Najib-Muhyiddin tak sependapat?
Mei 29, 11 4:49pm


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan berselisih mengenai tarikh untuk mengumumkan pilihan raya umum ke-13, kata seorang pemimpin PKR, lapor TV Selangor.

Timbalan Pengerusi PKR Pahang Ahmad Nizam Hamid berkata perbalahan ini timbul kerana ada pergelutan kuasa dalam Umno.

"Ramai yang ramalkan PRU bulan Julai ini, saya ingin berkongsi, teman-teman saya di dalam Umno memberitahu apa yang berlaku ialah terdapat desakan daripada kumpulan pro-Muhyidin Yassin mendesak supaya Najib Razak istihar pilihan raya dan bubar parlimen dalam waktu terdekat.

"Kerana penguasaan, Muhyidin ingin berkuasa tetapi Najib masih berbelah-bagi, Namun kumpulan ini terus mendesak (mahukan PRU cepat)," kata Nizam pada cermahanya di Markas PAS Temerloh, malam semalam.

_____________________________________


Utusan Malaysia hari ini melaporkan, empat kerajaan negeri yang dikuasai pembangkang dicabar menurunkan harga barang-barang keperluan terutama petrol berikutan tindakan Pakatan Rakyat (PR) yang sering menjadikan isu harga barang sebagai modal politik.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, perkara itu bukan sesuatu yang mustahil kerana mereka boleh memberi subsidi sama seperti yang dilakukan Kerajaan Persekutuan ketika ini.

“Saya cabar mereka berikan subsidi sama seperti Kerajaan Persekutuan. Kerajaan Parti keadilan Rakyat (PKR) Selangor yang didakwa kaya-raya mungkin boleh memulakan langkah itu melalui Penasihat Ekonomi negeri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya.