Sunday, May 29, 2011

Teguran sebagai maklum balas

Sms: KUIN, kepimpinan, anak-anak muda dan pemimpin yang tak membaca.


Sms Satu:  Malam tadi saya timbulkan hal tu dlm facebook.  Ramai anak muda bantai azizan dan kuin tapi pelik bin ajaib ada kwn2 lama, tmsuk bekas aktivis kampus yg sokong. Penguasa mesti dingin kepala, jgn fikiran legalistik. Tgklah nanti, bila pakatan bkuasa penuh, akta cetak pun mgkn dperketat lg. Apa jadi buku jingga?

Sms dua: Depa kata budak2 kuin tak beradablah, nak cari publisiti, tak guna saluran yg betullah ... Sama aja penyakit org berkuasa ni.

Sms tiga: Saya baca ulasan aziz pada azizan tentang pelajar kuin yg dihukum tu.  Bagus pandangan aziz bari nampak azizan mcm umno jugak.

Sms empat: Dlm malaysia kini. Aziz bari kata dlm ruangan pendapat.  Tanggapan saya betul azizan ni rasa dirinya pandai.

Sms Dinsman: Ini satu respon pmbca: “Assalamualaikum saudara Dinsman...saya adalah seorang pemuda yang menyokong perjuangan pakatan rakyat..saya tinggal di Machang Kelantan..saya pembeli dan pembaca tetap akhbar Harakah...saya sgt bersetuju dgn apa yg disiar dlm kolum wacana budaya...topik ahli pas tak baca Harakah juga berlaku kt tempat tinggal saya..bukan ahli biasa yg x baca malah smua peringkat kepimpinan x baca.


Dan ini petikan dari laman Malaysiakini:

KUIN: Pakatan sama saja dengan BN

Prof Abdul Aziz Bari
Mei 29, 11
9:24am

Saya mendapat perspektif yang berbeza tentang kes enam pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN) yang diambil tindakan selepas bercakap dengan Peguam Hanipa Maidin.

Saya tidak tahu kes ini secara terperinci. Apa yang dilaporkan ialah para pelajar itu digantung pengajian dan didenda kerana berdemonstrasi.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menyebut soal-soal teknikal seperti Institusi Pengajian Tinggi ada peraturan dan sebagainya. Ini soal teknikal, soal kecil. Ada gambar besar yang perlu diambilkira; yakni hasrat Pakatan Rakyat yang hendak memperkasa dan membebaskan rakyat.

Kita tidak mahu peraturan digunakan untuk menutup gambar besar tadi. Yakni falsafah pentadbiran secara keseluruhan oleh Pakatan Rakyat.

Nampaknya apa yang KUIN lakukan sama saja dengan IPTA yang berada di bawah Barisan Nasional.

____________________________      

Sekadar renungan:


Orang yang bebal akan mengatakan bahawa ini semua agenda musuh menjelang Muktamar parti.  Apa pun ― renunglah baik-baik.  Rakyat yang memilih sedang menilai.

Apakah kita ― yang katanya mahu menggantikan itu: Lebih baik, sama saja atau mungkin juga lebih haprak.


No comments: