Sunday, May 29, 2011

Madah subkontraktor politik

Dari The Malaysian Insider, versi bahasa:

PAS dilanda nasib ‘menang sorak kampung tergadai’, dakwa Ibrahim
May 29, 2011

KUALA LUMPUR, 29 Mei — Datuk Ibrahim Ali yang bertanding dalam pilihan raya umum 2008 atas tiket PAS di Kelantan berkata, pada pemilihan parti itu minggu depan, komponen Pakatan Rakyat (PR) itu akan berhadapan dengan nasib “menang sorak kampung tergadai” di arena politik tempatan.

Sebaliknya, Ibrahim (gambar) yang juga Presiden Perkasa mendakwa yang akan untung ialah DAP dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dari PKR.

_____________________________

Susah juga nak capai taraf (stature) sehebat orang ini.  Dibuang oleh partinya, diberikan tempat  oleh parti yang dimusuhinya sehingga berjaya menjadi AP. (bukan AP yang ada sangkut pautnya dengan kereta.  Ini AP di Parlimen).

Melantik dirinya menjadi pahlawan Melayu yang tulen sehinggakan mahu berjihad terhadap mereka yang mahu merampas kedudukan agama Islam di negara ini.

Bukan main orang ini, bukan main lagi garangnya dia.

Ada lagi bahagian-bahagain tertentu CV orang ini yang TAK boleh ditandingi oleh sesiapa pun di alam ini.  Setelah Umno koyak dalam PRU12, ada Kutty yang telah mengsubkan kerja-kerja Umno untuk membawa balik orang-orang Melayu kepadanya.

Hari ini orang ini berada di atas segala-galanya, termasuk undang-undang.


ii.

Tell me, who in this Bolehland of ours,  could ever manoeuvre himself into such a position of ‘ultimate’ importance, create so much anger, anguish, pain, chaos and harm to the nation, but yet graduated from his mission, intact?    

We all could admire to vehemently hate this very man ― but whether you like it or not,  none of us could ever come close to duplicate his quantum (frog?) leap into such prominence.

That is the MAN whom we all love to hate.

Apa mau peduli lagikah apa dia cakap?

Mari, kita abaikan saja orang-orang seperti ini. 



No comments: