Tuesday, May 24, 2011

...even a gentle breeze can make them fall

Petikan dari portal Malaysiakini:

Kidnap threat: Just a ploy to gain sympathy
May 15, 11 7:15pm

Umno vice president Ahmad Zahid Hamidi is skeptical that PKR vice-president Nurul Izzah Anwar had received a threat her three year old daughter would be kidnapped if her father (Anwar Ibrahim) did not retire from politics.

He said today in Kuala Lumpur that he believed it was just an opposition ploy to gain sympathy.

"They are sitting on the edge of a cliff where even a gentle breeze can make them fall. That's why they are looking for something to hold on to," he commented.

________________________

Demikianlah hebatnya cara dan kaedah segolongan orang itu berpolitik.  Ada orang yang sudah terlupa,  ya ― sama sekali dan betul-betul terlupa, semasa dia membuka mulutnya di depan para  wartawan itu, dia bukanlah Awang Cha, lakinya Minah Cun yang sedang menghirup minum kopi ‘O” cap Hang Lekiu sambil berborak panjang tentang masa depan politik perpanduang dengan Ahmad Lebai Sudin, Jusoh Kepala Bukit, Maniam Tajam Batu dan Lim Panjang di Gerai Raja Gelek, di tebing Sungai Perak, Bagan Datok, Perak.

Dia sudah terlupa bahawa dia itu seorang penuh menteri dan seorang pemimpin kepada seluruh rakyat Malaysia.

Kata-kata, ulasan, respons dan reaksi yang sedemikian rupa oleh seorang pemimpin besar negara  tentang keselamatan, kebimbangan dan kerisauan seorang ibu terhadap keselamatan anaknya, begitu mengejutkan Mrs Lim di Teluk Intan.

Tidak terfikir oleh Mrs Lim kata-kata seperti ini boleh terpacul dari mulut seorang pemimpin.

Kata-kata seorang pemimpin yang diperhatikan, direnungi, diteliti dengan penuh oleh seluruh rakyat Malaysia.

Kata-kata dan ucapan yang dibaca oleh John Lee (anaknya Lee Jin) yang kini sedang menuntut  di Amerika.

Kata-kata yang telah dibaca oleh KJ Paul di Christchurch, New Zealand sebaik saja berita itu dilontarkan ke laman maya.  Dan sejak membaca berita itu, Paul tidak berhenti-henti bertanya:  Inikah tampangnya menteri di negaraku?   


ii.

Terus terang, sebagai sebuah negara, ke manakah haluan kita sebenarnya? 

Betapa sungguh mengerikan segala dan semua yang sedang berlaku di sekeliling kita sekarang ini.

Dan jangan lupa temujanji kita pada 9 Julai nanti.

God blessmu, wahai Malaysia.


No comments: