Tuesday, June 21, 2011

Menjinakkan yang liar

Menjinakkan kemunasabahan

Sudah tercabut urat lehernya,

Kita boleh saja menggeleng-gelengkan kepala sehinggakan  tercabut segala kepala itu dari batang lehernya, namun hakikatnya tidak akan berubah ― harga kemunasabahan itu kini sudah terlalu mahal untuk ditagih oleh rakyat negara ini!

Terdapat satu dua contoh:  

Pertama

Apakah membenarkan anak-anak jemaah masjid memilih saf kepimpinan mereka secara adil, telus dan terbuka itu perbuatan yang TIDAK munasabah?

Akal waras manakah yang mengatakan bahawa ini adalah perbuatan yang TIDAK munasabah?

Kedua

Apakah permintaan rakyat supaya negara ini menguruskan pilihan rayanya yang lebih telus, adil,
saksama dan terbuka itu satu permintaan yang TIDAK munasabah?

Jika,

Ya, jika permintaan Bersih 2.0 itu cukup munasabah, kenapakah cadangan Bersih 2.0 untuk berkumpul secara aman dan tenteram itu dilihat sebagai sesuatu yang begitu memudharatkan  sekali?

Lalu,

Kenapakah kita sudah sampai ke tahap seperti ini?

Apakah kita masih lagi memiliki sebuah negara bertamadun  ― dalam erti kata yang sebenarnya?



No comments: