Monday, June 27, 2011

Rentetan kezalimannya

Dari laman Malaysiakini:

Defence lawyer: US experts 99.99% sure it's Anwar
Regina Lee
Jun 24, 11 2:03pm

The man in the sex tape is “99.99 percent” opposition leader Anwar Ibrahim, claimed the lawyer for former Malacca chief minister Rahim Thamby Chik.

Counsel Muhammad Shafee Abdullah (right) said that US video experts consulted by the Malaysian police had compared images of the man in the video with a photo of Anwar and confirmed that both were identical.

“This means that A and B is the same person,” he told the Kuala Lumpur Magistrate Court during plea bargaining.

__________________________________________

Lepas satu ‘bukti’ mereka lemparkan ke dalam arena, mereka susuli lagi dengan sebuah lagi bahan ‘bukti’ yang baru.  Betullah,  mereka ini tidak akan berhenti sehingga dan selagi Anwar Ibrahim itu TIDAK dimusnahkan sama sekali.

Itulah perkiraan, kepercayaan dan strategi mereka.  Itulah yang wujud dalam pemikiran mereka.

Untuk mencapai matlamat itu, segala dan apa saja yang ada dan mereka miliki; jentera manusia dan bukan-manusia, institusi, alat dan peralatan, media dan para pelaksananya mereka gunakan ke tahap paling maksima.

Entah teori siapa yang mereka gunapakai dan khidmat nasihat profesional APCO mana yang mereka perolehi demi untuk membantu mereka supaya terus kekal berkuasa.  Apa pun, kelihatannya mereka cukup yakin dan percaya bahawa inilah caranya pihak oposisi, khususnya Anwar Ibrahim itu dapat dimusnahkan.


ii.

Mungkin ― pada perkiraan mereka, semakin banyak bahan ‘bukti’ yang mereka lemparkan ke dalam gelanggang maka  semakin ramailah rakyat yang akan menyebelahi mereka.  Dalam konteks ini, boleh jadi juga mereka memiliki data yang lengkap yang menunjukkan bahawa inilah hakikatnya ― dan data inilah yang mereka gunakan sebagai panduan dan galakan untuk meneruskan lagi segala serangan mereka.   

Mungkin juga begitu ― maka itulah sebab utamanya kenapa mereka sedemikian ghairah sekali melancarkan serangan ― serangan demi serangan.

iii.

Bagi yang percayakan kepada yang ghaib (ayat 3 Surah Al-Baqarah) perkiraannya bukanlah begitu ‘mudah’ ― semudah yang dilihat oleh mata yang kasar dan sepertimana yang dicaturkan oleh strategi Sang Penguasa.  Bagi yang yakin dengan dimensi kehidupan yang maha luas ini, mereka yakin dan percaya dengan kekuatan kuasa yang ghaib ini.


iv.

Begitu juga bagi mereka yang percayakan kepada kekuatan doa, lebih-lebih lagi doa mereka yang terus-terusan dizalimi.  Apakah benar seluruh episod ini ― sejak tahun 1998 lagi sehinggalah sekarang ini ― adalah semata-mata episod politik Sang Penguasa mahu menghapuskan sebuah watak dan mengekalkan kuasanya hatta dengan apa caranya sekali pun dan bukannya juga episod Sang Pemerintah itu menzalimi rakyatnya?

Ya, apakah ini semua bukannya episod tragis Sang Penguasa menzalimi rakyatnya? 

Lihatlah bagaimana sejak tempoh itu, rakyat telah kerugian, kehilangan dan dibazirkan sedemikian banyak sumber yang amat terhad dan berharga itu ― wang ringgit, buah fikiran, tenaga, usaha, masa dan kepakaran yang mengikut pertimbangan fikiran waras, boleh dimanfaatkan untuk membangunkan kesejahteraan ummah ― semata-mata kerana melayan nafsu mahu menamatkan riwayat musuh politiknya dan terus-terusan berkuasa. 

Ya, tidakkah ini menzalimi rakyat namanya?

Sebagai contoh, tidakkah segala sumber pihak kepolisian yang sepatutnya dimanfaatkan untuk menjaga ketenteraman awam, keselamatan nyawa dan harta benda rakyat, dibazirkan kerana pihak kepolisiannya kini terlalu bernafsu mahu mengekang Bersih 2.0 itu, terang-terangan satu kezaliman kepada  dan terhadap rakyat?

Itu baru SATU contoh berhubung SATU institusi.  Berapa banyak lagi institusi yang kita miliki yang telah disalahgunakan demi untuk memusnahkan sekujur watak dan mengekalkan kuasa? 

Tidakkah kita ― rakyat dizalimi?


v.

Apakah doa kita, rakyat itu terlalu jauh dariNya?



No comments: