Thursday, June 9, 2011

Semangat 'Mempertahankan bangsaku'


What I think

June 09, 2011
Leslie Lau – Executive Editor, “The Malaysian Insider”

An MCA minister recently said that his party’s role was to defend the Chinese. That made me wonder who the MCA is defending the Chinese against. I then asked a friend what Umno’s role was. His answer: To fight for the Malays. But he was vague about Umno’s enemy. And what about Pakatan Rakyat parties? Their enemies are, of course, the “corrupt and racist” Umno and BN. So here we are. A country where our politicians tell us to see each other as foes based on race and ideology. I hope such negative politics will be rejected by voters the next chance we get.
___________________________


Petikan di atas memberikan gambaran yang jelas bagaimana selama ini, kefahaman politik kita itu telah diatur rapi untuk dijadikan landasan perjuangan jitu yang keramat.     

Ternyata produk politik sebegini diterima dengan senang hati oleh para pengikut mereka.  ‘Mereka’ itu kitalah, rakyat.  Kalaulah parti-parti politik itu pengusaha restoran, hidangan mereka disantap dengan begitu lahap sekali ― tanpa sebarang soalan.  Akibatnya sejak merdeka, rakyat negara kita telah berkampung dalam rumah-rumah politik bernama perjuangan mempertahankan bangsaku dan kaumku.

Apabila Pas meletakkan seorang peguam wanita India (walaupun bukan secara langsung) di Johor dalam PRU12 yang lalu, ada pemerhati sangat gembira dengan pendekatan berani Pas ini.  Pas juga tampil dengan tag, “Pas for All”.  Ada di kalangan teman yang sesekali terus mempersoalkan: Apa benar maksud dan hasrat Pas itu?  Apakah itu bukan sekadar gimik politik untuk meraup undi?

Sekarang ini sudah terdengar ucapan sarat kebimbangan para pemimpin Umno tentang ‘tipu muslihat DAP’ yang berura-ura mahu meletakkan calon-calon Melayu dalam PRU13 nanti.  Para pemimpin Umno telahpun berpesan, tentunya kepada pengundi Melayu, berhati-hatilah dengan perangkap DAP ini.  Ternyata sekali,  Umno semakin resah.


ii.

Soalan cepu emas kita ialah:  Bila lagikah MCA dan MIC mahu meletakkan calon-calon Melayu dalam PRU kita?

Bagaimana pula dengan Umno? 

Janganlah tuan bermimpi:  Mana mungkin para manusia di luar kelab politik yang maha istimewa dapat dipertimbangkan.   

Pada pandangan kita,  sikap rasmi Umno di Kelantan berhubung isu royalti minyak itu begitu jelas sekali:  Di mata Umno, orang-orang Melayu Kelantan telah lama berhenti menjadi Melayu.  Mereka telah berhenti menjadi Melayu sebaik saja berhenti memilih Umno.

Dengan pemikiran yang sedemikian, apakah tuan fikir Umno akan meletakkan seorang calon Cina di Pasir Mas,  sekadar satu contoh, untuk menggantikan seorang wira Melayu yang sedia ada itu?

Ya, memang tepatlah ― Umno itu miliknya Umnoputra. 



No comments: