Saturday, June 4, 2011

Sudut pandangan atau


...Kaca matanya

Ramai yang memperolehi dan membina keyakinannya tentang sesuatu itu kerana mereka yakin telah ‘melihat hakikat’nya.  Seorang manusia itu memperolehi keyakinannya tentang sesuatu perkara itu dengan ‘melihat’sesuatu itu (misalnya seekor gajah), dengan ‘mata kepala’nya sendiri. 

“Aku sangat hormati X kerana bagiku dialah manusia yang paling bijak yang pernah kuketahui.  Bayangkan,  ketika anak-anak Melayu masih lagi terkial-kial memasuki universiti,  dia sudahpun  menjadi mahaguru yang besar. Satu malam, kebetulan sekali, aku melihat dengan mata kepalaku sendiri ― dia mereguk bir di khalayak awam!”

Kawan ini berceritakan pengalamannya kerana dia telah melihat semuanya dengan ‘mata kepalanya sendiri’.  Kaca matanyalah yang telah mencerap peristiwa itu sehingga terbentuklah sebuah pandangan. 

ii.

‘Z menguasai pelbagai bahasa dan dia begitu petah sekali berhujah dalam pelbagai bahasa. Ertinya dia tidak kekok berdepan dengan pelbagai khalayak, baik yang di dalam maupun luar negara.  Rasanya Z cukup sesuai kita lantik’.  Begitulah hujah seorang pemerhati gerakan Islam.

Pemerhatian di atas adalah juga sebuah citra ― imej yang dicerap oleh seorang pemerhati berhubung ciri penting seorang pemimpin.  Bagi sang pemerhati ini, seorang pemimpin itu adalah seorang manusia yang memiliki ‘aura’nya di depan khalayak.  Aura itu diperolehinya kerana kepetahannya bercakap di depan khalayak dalam pelbagai bahasa. 

Lihatlah bagaimana kriteria penting sang pemimpin itu dibina dan dihayati oleh sang pemerhati ini.  Mujur juga saya tidak pengsan tatkala mendengar ideanya tentang kepimpinan ― sesuatu yang sangat keliru lagi memudharatkan.  Bayangkanlah kriteria utama seorang pemimpin itu ialah ‘hebat’nya dia tatkala bercakap!  

Lihatlah bagaimana seseorang itu melihat seekor gajah itu ― lewat kaca matanya.    

      
iii.

Bagaimanakah agaknya kita ‘membetul’kan kaca mata masing-masing?

No comments: