Saturday, July 23, 2011

Budaya bertamsil bidalan

“Apa yang mereka rasakan?”


Kata Pak Shukur, soalan anta tidak lagi bermakna.

Sebabnya, tambah Pak Shukur, mereka tak lagi punya perasaan.  Katakanlah apa saja, mereka tidak peduli lagi.

2.

Orang Melayu memang cekap dan bijak dengan hal-hal seperti bahasa berlapik, bertamsil bidalan ini.  Jadi orang Melayu dengan segala hemah dan tata keramanya, memukul anak demi untuk untuk menyindir  sang menantu.  Begitulah hebatnya tingkah dan adab orang-orang Melayu itu.

Maka apabila seorang Kutty, ketua Kerala yang mereka sanjung bagaikan hadiah istimewa Al-Mighty yang diturunkan dari langit ke tujuh itu, mengumumkan bahawa mukaku memang tertempek kulit babi, apakah reaksi orang-orang Melayu?

Mereka kewalahan!!!

Yang seorang itu agak berani lantas ─ lekas-lekas mengumumkan yang dia sudahpun membakar jamban tan.


3.

Hari ini muka berkulit babi itu ada di mana-mana saja.  Kita ─ termasuk pelbagai penjawat jabatan awam tidak lagi perlu bertopeng.

Mereka memakai kulit babi untuk menyatakan bahawa tidak ada bukti yang menunjukkan bahawa senapang yang digunakan untuk menembak sang remaja Shah Alam itu datangnya dari senapang ini,  atau pun senapang yang itu.

Nurdin Kaab, kawan saya sang pemikir ada satu teori yang cukup bagus:

Hantu Al Tan Tudia sekarang ini sangat meradang dan marah-marah kerana peguam atas angin telah dinyahkan dari KLIA.  Maka hantu itu pun mengamuk ─ dan mengamuk lagi.

Kata Nurdin, senapang itu kini dipegang oleh Al Tan Tudia...





  

No comments: