Friday, July 1, 2011

Calon baru badut

Dari blog TT


“TIDAK TUNDUK DESAKAN BERSIH – meloya

Najib Razak menegaskan kerajaan tidak akan mengadakan pilihan raya umum lebih awal hanya kerana ingin memuaskan hati Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang mendesak sebuah pilihan raya bersih diadakan.

Dia berkata, kerajaan tidak tertakluk dan akan tunduk kepada kumpulan itu kerana segala tuntutan mereka sebenarnya telah pun dijawab oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Ia hanya alasan Bersih kerana motif sebenar mereka adalah politik setelah bimbang melihat momentum sokongan rakyat kepada Barisan Nasional (BN) yang semakin meningkat.

“Jadi, mereka kena cetuskan sesuatu dan berharap akan berlaku sesuatu supaya boleh menuduh kerajaan zalim kepada rakyat,” katanya..

Terdahulu, Najib dalam ucapannya berkata, kumpulan Bersih bukannya mewakili suara majoriti, tetapi sebaliknya membawa agenda peribadi pemimpin tertentu pembangkang.”

_________________________

Pandangan kedua:

Macam-macam bentuk merapunya.  Lapan tuntutan Bersih 2.0 hanyalah pilihan raya yang bersih, telus dan adil.  Bak bermain bola, padang biar rata dan wasitnya tak makan suap.

Itu saja yang diminta rakyat yang bergabung di bawah Bersih 2.0.

Yang merapu, mereben dan buat lawak bodoh, apakah sebabnya?


   

No comments: