Friday, July 1, 2011

Tragedi Republik Pisang


Kisah sebuah rumah

Saya pernah ceritakan tentang anjing jiran ― Hapi namanya. Dalam riuh rendah, ‘boleh tidak boleh’nya memakai baju T berwarna sekian dan juga tuduhan SN Republik Pisang bahawa sesungguhnya seorang SN itu tidak boleh memecah belahkan rakyat, saya telah mendapat satu peluang keemasan.   

Mungkin benar juga pemerhatian SN ini.  Sesungguhnya perbuatan memecah belahkan rakyat itu menyebabkan pisang tidak lagi masak, makanya tidak ada sesiapa lagi yang mahu memakan pisang.

Mungkin tepat ― itu rasionalenya.

ii.

Semalam peluang keemasan itu tiba juga, akhirnya.

Ketika itu jiran saya, tuannya Hapi muncul di luar pagar rumahnya, lalu saya mohon izin untuk memotret Hapi.  Dan semalam juga saya telah mendapat peluang keemasan menemubual penjaga rumah yang setia ini:

Saya: Apakah kau bahagia begini?

Hapi:  Apakah kau lihat aku TIDAK bahagia?

Ya, mungkin juga Hapi begitu bahagia sekali kerana saban hari diberikan pisang yang banyak.
  

No comments: