Friday, July 1, 2011

Teks sastera atau sampah sarap?

Teks sastera ― biarlah menyengat

“Gaun putih itulah yang pertama-tama menarik perhatian isteri dan tiga gundik politikus muda, apabila anak perawan memasuki kamar itu yang sunyi dan murung. Udara bilik pengap berbau mayat. Empat pasang mata merenung wajah anak perawan itu.  Mengertilah mereka mengapa politikus muda memilihnya sebagai gundik terakhir.   

Anak perawan itu memandang wajah empat wanita berpakaian serba hitam itu sekilas.  Kemudian dia merenung mayat yang ditutupi sehelai kain berwarna merah. Memang, anunya masih menegak, hingga kawasan antara pusat dan lutut mayat itu terangkat seperti khemah.

“Izinkan aku memenuhi kehendaknya,” suara anak perawan itu, “seorang diri.” Tangan kirinya memegang bucu kain merah penutup mayat, sementara tangan kanannya mula menyelak gaun putih yang dipakainya.

Keempat-empat wanita itu keluar kamar, lalu menutup pintu.  Mereka bersandar di dinding berhampiran pintu, menelinga.

Mereka mula mendengar wanita itu seperti mengerang.  Dalam bayangan mereka, anak perawan itu sedang menggerak-gerakkan badannya di atas sekujur mayat yang diam kaku; tidak ubah seperti seekor hering mematuk-matuk bangkai yang tidak memberi reaksi.

Tidak lama kemudian bunyi mengerang itu pun senyap. Mereka saling berpandangan. “

Anwar Ridhwan, Naratif Ogonshoto, (Kuala Lumpur, Matahari Infocomtec, 2001) halaman 171 dan 172.

_________________________
   

Dalam riuh rendah penglibatan SN dalam aturcara jalan kakinya Bersih 2.0 ke Istana Negara pada 9 Julai 2011 nanti,  ada juga pembaca yang menghampaskan saja peranan sastera itu.

Apakah kita boleh salahkan pembaca yang kita kira, buta nurani ini jika berfikiran sedemikian?  Ya, sastera dan budaya itu hanyalah hampas semata-mata.  Demikianlah besarnya pengaruh kebendaan dalam kehidupan kita di negara ini.  

Siapakah yang telah membunuh peranan sastera yang murni itu?

ii.

Jika saya mengajar sastera di sekolah, inilah salah satu petikan yang akan saya edar kepada para pelajar saya.

Biarlah mereka berhujah dan berapa-saja dengan karya seperti di atas ini. Saya akan dengar dan perhatikan lalu berbincang apakah peranan sastera itu,  sebenarnya. 



No comments: