Sunday, July 24, 2011

Musim durian kembali lagi

Pemerintah, seperti durian, juga bermusim.

Satu ketika dulu tatkala Kutty masih lagi di atas takhta singgahsananya, saban hari para pecacai Sang Penguasa itu ─ beroperasi, siang dan malam.  Saban waktu para wartawan, juruheboh, pengamat sosial, pemikir media, para profesoree menara gadingnya et al,  muncul dengan tampang serba bijak untuk memberikan fatwa-fatwa mereka.

Ketika itu Al-Arqam telah mereka kejar habis-habisan seperti mengejar anjing yang gila. Kata mereka,  Sang Penguasa itu dan para pecacainya, organisasi itu sesat ─ lagi menyesatkan,  oleh itu perlulah diamankan.

Akhirnya, mereka telah berjaya amankan semuanya.  Tatkala muncul di kaca tv, telah herot petotlah mulut dan pasung dagu pemimpin besar organisasi itu.

Aku tidak pernah percaya kepada gormal dan putar belit itu semua.  Bukanlah aku terlalu taksub fanatik kepada Al-Arqam, cuma aku sedar kaki tipu dan kaki putar alam sentiasa saja tengik: Para pembohong, lebih-lebih Sang Penguasa, tidak pernah lupa seni pembohongannya.


2.

Masih ingat bagaimana Sang Penguasa itu mengejar Raja-Raja Melayu?  Ketika itu apa saja yang tidak diperjelaskan kepada rakyat tentang Raja-Raja Melayu oleh Sang Penguasa dan segala aparatnya?

Cubalah ingat semula segala caci maki hamun mereka ketika itu.

3.

Hari ini teori bahawa fahaman komunis mahu dihidupkan semula sedang mereka gormal dan goreng  semula.  Setelah regime anti-Tuhan itu runtuhnya bersama tembok Berlin dan Negeri China semakin gencar halanya kepada kapitalisme, mereka canangkan bahawa ada pihak yang mahu membawa fahaman itu.

Wahai anak-anak muda generasi fb twitter sekalian,

Ceritakan kepada ibu bapa, atuk, nenek, pok cik-pok cik dan mok cik mok cik kalian di kampung bahawa sesungguhnya Sang Pengusa ini sedang bermati-matian bergelut meminta nyawa.

Harapan mereka hanyalah kepada para Melayu yang tidak bermaklumat, yang tidak berfikir dan mereka yang berkepentingan dan oleh kerananya mestilah taksub ─ hanya kepada Umno.

4.

Bagiku,

Sang Penguasa, seperti durian, juga bermusim.


No comments: