Bil air sebagai sidik/cap jari: Apakah maknanya?
Kata TT, bil air untuk memelihara badak sumbu itu ialah RM 36,000/= sebulan atau dalam lingonya orang-orang sekarang 36k. Kata TT lagi, ini jawapan yang diberitahu kepada Parlimen.
Kalaulah seorang pesara penjawat awam itu menerima pencen sebanyak RM 1,000 (Ringgit Malaysia: Satu Ribu saja) sebulan, maka kos bil air sebulan ini sudah cukup untuk membayar pencen pesara tersebut selama tempoh TIGA tahun.
2.
Coba perhatikan jadual di bawah ini:
Jenis kegunaan domestik atau untuk rumah (meter padu) | Kod tarif | Kadar harga (Satu meter padu) (RM) | Bayaran minima (RM) |
10 | 6.00 | ||
0 – 20 | 0.57 | ||
21 – 35 | 1.03 | ||
35 dan ke atas | 2.00 |
Ini adalah jadualnya Syabas.
Mari kita buat kiraan yang mudah. Kita tak perlukan rumus matematik yang berat-berat untuk mengira-ngira jumlah air yang telah badak gunakan:
Jika RM 36,000 itu kita bahagikan dengan RM 2, maka kita akan perolehi jawapan 18,000 meter padu.
Soalan: Berapakah banyak airnya 18 ribu meter padu itu?
3.
Kata para kaki bola ─ berdasarkan piawaian antarabangsa, saiz minima sesebuah padang bola ialah 100 meter panjang dan 64 meter lebar (100mx64 m). Ertinya keluasan padang bola tersebut ialah 6400 meter persegi.
Mari kita bayangkan berapa dalamnya air tersebut jika dituangkan ke dalam padang bola ini:
18,000 meter padu itu kita bahagikan dengan 6400 meter luas, maka kita perolehi kira-kira 2.8 meter
atau kira-kira 9 kaki.
4.
Bagaimanakah kita menterjemah angka-angka seperti ini ke bahasa yang mudah ─ bahasa rakyat marhaen? Kita terjemahkan supaya mereka dapat bayangkan makna angka-angka ini. Makna badak berendam dan air yang diperlukan supaya badak dapat berendam.
Kita ceritakan kepada Mak Cik dan Pok Cik Felda makna angka-angka ini:
Sebagai contoh:
1) Dalam tempoh satu bulan, badak akan berendam di dalam sebuah padang bola yang mengandungi air sedalam 9 kaki. Itulah jumlah air yang digunakan oleh seekor badak.
Atau,
2) Kos membayar bil air buat merendam dan memandikan seekor badak mampu membayar pencen seorang pesara selama TIGA tahun.
Sebenarnya, kita boleh kembangkan cerita dan kisah badak berendam ini, misalnya dalam memperkatakan dan mempelopori kempen seperti ‘berhemahlah tatkala menggunakan air’.
Kenapakah isu air ini penting? Isu air ini sangat penting kerana air sebagai sumber alam yang kian meruncing itu, tidak boleh lagi diambil mudah oleh sesiapa saja, termasuk semua badak sumbu.
Kenapakah bersederhana dalam penggunaan air itu penting sekali? Kata para pemerhati, air menyebabkan manusia bermusuhan. Kata para pemerhati lagi, orang berperang kerana berebut sumber air.
Bila lagi kita gunakan kaedah-kaedah seperti ini semasa berkempen kepada Mak Cik dan Pak Cik Felda?
Ya, biar segala rakyat marhaen faham cerita-cerita seperti dalam kisah badak berendam ini.
No comments:
Post a Comment