Sunday, August 28, 2011

Lelong, jangan tak lelong


Sedutan berita Harakahdaily

Berita pertama:

Cadang jual Esso: Satu lagi kegagalan BN
Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) memandang serius terhadap cadangan penjualan Esso Malaysia Berhad (ESSO) dan syarikat-syarikat berkaitannya kepada San Miguel Corporation (San Miguel) iaitu sebuah syarikat luar negara dari Filipina. Sekiranya penjualan ESSO ini menjadi kenyataan, ianya menandakan sekali lagi kegagalan kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) mempertahankan kepentingan negara dalam industri yang sangat penting dan strategik, selain dari kegagalan untuk membela nasib 98 peratus kakitangan ESSO yang merupakan anak tempatan.

Berita kedua:

Abdul Aziz Mustafa
KUALA LUMPUR, 28 Ogos: Sebahagian besar inflasi dan kenaikan harga barang di negara ini diakibatkan pemberian lesen-lesen monopoli kepada kroni-kroni Umno dan Barisan Nasional (BN), kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
"Lesen-lesen monopoli seperti beras, gula, permit import (AP) kereta, konsesi tol lebuhraya dan lain-lain diberikan kepada kroni-kroni Umno dan BN.
"Penyalahgunaan kuasa Umno dan BN seperti itulah yang menjadi antara penyumbang utama kenaikan harga barang dan inflasi di negara ini," kata beliau.

________________________________________________________________________


Di samping berita-berita di atas,  kita telahpun mengikuti dan berdepan dengan segala macam berita yang begitu menyemputkan nafas seperti hilangnya Pulau Batu Putih, peristiwa sedekah  telaga minyak blok M, gugurnya tanah KTM yang penuh bersejarah itu di Singapura. Dan sekarang ini kita juga sedang dipertontonkan dengan wayang terakhir Mas.

Seluruh cerita duka ini ─ kalau dibukukan bakal menjadi dokumen penting untuk mencelikkan mata hati segala Mak Cik Felda dan seluruh Haji Derahman Sungai Derahaka yang masih lagi sangat yakin dan tetap percaya bahawa dalam kehidupan Melayu di negara ini,  Umno dan hanya Umnolah segala-galanya.

Alangkah baiknya jika buku kecil ini muncul sebelum tibanya PRU 13 nanti. Saya masih ingat cerita seorang rakan di Kuala Pahang bagaimana buku kecil “100 fakta mengenai Kelantan” oleh Dinsman itu misalnya telah mengubah pandangan bapanya, seorang penyokong kental Umno, setelah mengetahui 100 fakta sebenar mengenai Kelantan. 

Pada saat ini, ya pada ketika ini,  entah apa lagi yang mereka fikirkan dan terfikir untuk dilelong, dirompak sebelum mereka dibungkus-lepat oleh rakyat?  Ya, sementara masanya masih ada ─ ya, mumpung masih lagi bersisa waktunya, apa lagi yang boleh mereka jual?

(Dalam konteks proses lelongan ini, seorang kawan berpandangan bahawa sekiranya Pakatan Rakyat berjaya mengambilalih pemerintahan pusat kelak, entah apa lagi khazanah utama negara kita yang masih bersisa, yang masih tinggal.  Bayangkanlah kesulitan yang bakal dihadapi setelah pelbagai khazanah utama negara telahpun mereka rompak.)

Dan kita hanya berpeluk tubuh?

Jadi apakah ikhtiar kita?  Apakah kita turun ke jalan raya untuk membantah segala isu salah urus dan kerja melelongnya Umno/BN ini?
 
Apa, kita meraikan siri kejayaan Umno ini dengan turun ke jalan raya?

Ya, kalaulah untuk meraikan segala kegagalan dan salah urus oleh Umno ini,  kita pun turun ke jalan raya untuk merayakan kehebatan parti sekular nasionalis ini, entah sudah berapa banyak protes jalan raya yang boleh dan telah kita rayakan. Kita mungkin tidak dapat bekerja kerana terlalu sibuk memprotes. 
 
Lalu, apakah ikhtiar kita?

Berpeluk tubuh sambil melihat mereka merompak dan melelong?


No comments: