Menghormati hak milik orang lain
“Ada satu ikhlan di dalam X jual baju bersih gambar pak samad dan ada puisi ‘unggun bersih’ sekali di belakang baju tu. Adakah pak samad diminta izin atas puisi itu dan dibayar sekali royaltinya?”
Entah apa jawaban saya kepada teman ini. Dalam fikiran saya, mungkin juga urusan dagang berdagang itu telahpun dibereskan oleh pedagang yang berkaitan. Ertinya persoalan royaltinya telahpun beres.
2.0
Pernahkah kita fikir secara mendalam kenapakah kita, rakyat negara ini, agak culas dalam menghormati hak, TERMASUK haknya sendiri?
Contoh menghormati hak diri sendiri yang paling jelas ialah pemandu yang memandu seperti orang hilang akal dengan memintas@menyalib dan menyelit-nyelit, biasanya penunggang motorsikal, sehinggakan para pemandu lain terpaksa berjaga-jaga supaya kemalangan tidak berlaku?
Kenapakah mencari nikmat@trill bercanda dengan maut sehingga menyusahkan orang lain yang masih ingatkan anak isteri dan sanak saudara?
Contoh yang kedua ialah harta awam kerap dirosakkan. Apakah dosa harta awam itu, (termasuk hartanya Sang Vandal itu sendiri) sehinggakan harta yang berjuta-juta jumlahnya ini mesti dirosakkan?
3.0
Di buana sekeliling kita, kebahagiaan itu bukanlah milik mutlak si kaya raya. Bukan semuanya dan selalunya, si kaya raya itu bahagia. Terdapat sekian ramai penghibur yang melimpah ruah dengan wang ringgit ─ mati tragis menjelang usia 27 tahun.
Ertinya kekayaan bukanlah jaminan kebahagiaan.
Di sinilah kita kerap mendengar orang berbicara tentang barakah itu. Negara dilimpahi barakah kerana kepimpinannya diredhai dan penuh barakah. Kepimpinan yang memberikan contoh terbaik dalam menghormati haknya ─ dan yang lebih penting menghormati hak rakyat yang dipimpinnya.
Sementara itu kita pun belum pernah mendengar tentang pasar saham yang berdagang barakah.
Apakah itu sebabnya kenapa kita selalu saja lupa tentang hak dan peraturan?
Kita ketandusan contoh?
No comments:
Post a Comment