Kita tidak boleh sampai kacau bilau.
Marilah kita baca dengan rapi pandangan dan maklumat di bawah:
Pertama: Pandangan seorang ketua pengarang
“Dalam pada itu, saya bersetuju dengan pandangan Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi bahawa isu sebenar berkaitan himpunan Bersih 2.0 dan riuh-rendah serangan terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah kepercayaan rakyat. Saya sering membangkitkan peruntukan Perkara 114(2) Perlembagaan yang mengkehendaki Yang di-Pertuan Agong membantu SPR yang mendapat KEPERCAYAAN AWAM.
"Itulah sebabnya yang sebenar, bukan soal dakwat kekal atau biometrik. Isunya adalah kepercayaan kepada SPR," kata Saifuddin. Jika SPR menggunakan teknologi apa sekalipun, tambahnya, selagi masalah kepercayaan terhadap suruhanjaya itu belum diatasi, ia tetap tidak akan dipercayai.
Lebih memburukkan imej SPR apabila Timbalan Pengerusinya, Wan Ahmad Wan Omar dikatakan antara orang paling dipercayai Najib, yang diamanah menjalankan "misi sulit", dengan sokongan pelbagai kemudahan, bagi memenangkan BN dalam PRU13. Tindak-tanduk Wan Ahmad menguatkan lagi syak itu.”
Sumber: Minda Ahmad Lutfi, 1 Ogos 2011 bertajuk “Laporan Suruhanjaya Diraja Beng Hock sahkan ramai pegawai SPRM pembohong”
(http://www.detikdaily.net/v5/modules.php?name=News&file=article&sid=15428)
Kedua: Maklumat yang didedahkan oleh portal Malaysiakini
“Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) wajib dipersoalkan bagaimana mudahnya menjadi warganegara Malaysia pada waktu ini. Malaysiakini mengeluarkan berita “PR Didaftar Sebagai Pengundi” pada jam 1.06 petang, 2hb Ogos 2011.
Pada masa tersebut individu bernama Mismah no kad pengenalan 640704715238 adalah berstatus Permastautin Tetap(PR). Menariknya menjelang jam 2.30 petang hari yang sama selepas berita Malaysiakini dikeluarkan maka status Mismah sudah bertukar menjadi warganegara Malaysia.”
Sumber: Detikdaily “Mudahnya Menjadi Warganegara Malaysia”
Ketiga: Pandangan seorang pemimpin muda
KUALA LUMPUR, 2 Ogos — Pemimpin Pakatan Rakyat meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak mengadakan pilihan raya umum ke-13 tanpa melakukan pembaharuan pilihan raya yang dituntut rakyat termasuk janjinya Ahad lalu.
Ahad lalu, Najib berkata beliau juga komited untuk menangani isu pengundi hantu menjelang pilihan umum ke-13 — salah satu aspek yang ditekankan oleh pembangkang selama ini.
The Malaysian Insider: Haram jika Najib panggil PRU-13 tanpa reformasi pilihan raya, kata Nurul
(http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/haram-jika-najib-panggil-pru-13-tanpa-reformasi-pilihan-raya-kata-nurul/) August 02, 2011
Soalannya: Apakah ini semua TIDAK nyata@real?
Bahawa:
Rakyat sudah benar-benar hilang kepercayaan terhadap kerajaan dan segala institusi yang ‘dikendalikannya’(1). Dalam konteks pilihan raya yang adil, institusi-institusi tersebut adalah SPR dan JPN. Terdapat institusi-instistusi lain yang ada kaitannya dengan pilihan raya yang bebas yang tidak berfungsi seperti sepatutnya. Contohnya, kata SPR kes-kes politik wang itu menjadi tanggungjawab SPRM untuk tindakan lanjut...
Rakyat ingin melihat transformasi menyeluruh proses pilihan raya kita. Ini bermakna mengadakan pilihan raya dalam suasana sekarang bakal mengundang pelbagai masalah kepada negara kita. Kata Nurul Izzah, ahli parlimen dari PKR, “haram jika dipanggil PRU-13 tanpa reformasi pilihan raya.”
Menurut Ahmad Lutfi Othman, Ketua Pengarang Harakah, Saya sering membangkitkan peruntukan Perkara 114(2) Perlembagaan yang mengkehendaki Yang di-Pertuan Agong membantu SPR yang mendapat KEPERCAYAAN AWAM.
Apakah rakyat Malaysia akan yakin dan percaya bahawa segala-galanya yang wujud di sekeliling mereka itu boleh lagi dipercayai?
Kalaulah mereka SUDAH TIDAK percaya lagi, bagaimana jadinya...nanti?
____________________________
(1) Dari segi prinsipnya semua institusi itu bebas dan merdeka. SPR misalnya benar-benar bebas bertindak ─ tanpa sedikit pun bimbang dan ragu-ragu bahawa segala tindakannya itu bakal membuat Kerjaan sedia ada (government of the day) murka. Sebabnya mudah, dia bertanggungjawab kepada rakyat bukannya kepada parti yang memerintah. Namun apabila sesebuah institusi itu rosak binasa, dia menjadi alat@pecacai@macai kepada Sang Penguasa. Akhirnya yang jahanam adalah rakyat dan negara.