Kembalinya seorang teman sasterawan
Ada yang menyamakan pemergiannya itu seperti kehilangan seorang bapa kandung yang begitu dikasihi. Begitulah kesedihannya.
Bagi yang sama-sama bergerak dalam ormas yang sama seperti Paksi, (Seniman Paksi Rakyat) atau BB, (Budayawan Bertindak) kehilangan ini cukup terasa. (Dinsman: Sudahlah yang bergerak tak berapa orang pun...).
Semasa teman-teman sibuk mengatur bengkel penulisan di Yan, Ustaz (pangggilan saya kepadanya) nyata sekali sudah terlalu penat. Katanya, “Aku penat...”
Kali terakhir bertemunya di wad C7 Hospital Besar, Pulau Pinang, Jumaat 20 Ogos 2011 pukul 1.00 petang, saya tidak lagi dapat bercakap dengannya. Semasa kami bertiga, Dinsman dan Hasni menziarahinya di ICU beberapa bulan yang lalu, kami telahpun terputus nikmat mendengar bicaranya.
Jumaat yang lalu, terasa sekali keinginan untuk memeluknya sepuas-puas hati...
Saya sekadar membelai kakinya dan tangannya.
2.0
Pagi semalam, 21 Ogos 2011 setelah subuh kami berdua, Dinsman dan saya sibuk bersms mahu mengatur sebuah munajat besar di Masjid Batu, Permatang Pauh dengan hasrat mau mengutip derma.
Dan semasa di Wad C7, Azimah puterinya bongsunya, juga mengharap: “Kita mengharapkan doa kawan-kawannya.”
3.0
Rakan-rakan, sanak saudara ─ apatah lagi anak dan isteri ─ meratapi pemergiannya. Adakah Bukit Meriam, Kota Kuala Muda juga kehilangan anaknya?
Pagi tadi semasa di Perpustakaan Shah Alam, berkatalah Pak Shukur, “Anta jangan terkejut, kita adalah bangsa yang tidak mencintai ilmu, kita tidak merasakan ini sebuah kehilangan besar...”
Ya, Rabb, kau kasihi dan limpahilah rahmatMu buat teman kami ini.
Amin.
1 comment:
Allahyarham Azizi telah dianugerhkan 'husnul khotimah' melalui kepulangan beliau di bulan Ramadhan penuh barakah dan rahmat. Semoga ruhnya dicucuri rahmat yang berpanjangan. Amin!
Post a Comment