Friday, September 9, 2011

Kasih dan sayangnya kepada UMNO.

“ To me, it is just a sensation deliberately created”
(Prof,  boleh tumpang tanya: Siapakah yang memulakannya?)


Sila baca petikan pertama di bawah ini.  Ini dari Bernama:

Meanwhile in KUALA LUMPUR, a historian felt that the controversy over who are the actual heroes in the Bukit Kepong tragedy is part of a political psy-war to attract public attention.

A professor of the Faculty of Administrative Science and Policy Studies, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Professor Dr Ramlah Adam said the controversy was raised because certain political parties were running out of issues after the July 9 street demonstration.

“To me, it is just a sensation deliberately created,” she said when interviewed in the programme 'Kerusi Panas', produced by Bernama Radio24.

- Bernama


2.
Dalam buku tulisan Ramlah Adam, Ahmad Boestamam – Satu Biografi Politik,  Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 2009, halaman 178 dan 179, (senarai rujukannya tidak disalin), beliau antara lain menulis:

Menurut AB (Ahmad Boestamam), pengharaman API pada bulan Julai tahun 1947 itu menyebabkan beliau hidup dalam penderitaan. Beliau terpaksa balik ke kampung dan tinggal bersama ibunya.  Beliau juga menyebutkan ia ditawar untuk menjadi agen British.

Gambaran yang diberikan oleh AB kurang tepat.  Beliau sebenarnya masih terus aktif dalam politik walaupun API telah diharamkan.  PKMM menjadi tempat AB berpolitik.  Malah, kegiatannya menjadi lebih penting kerana PKMM kini telah menjadi PUTERA dan bekerjasama dengan AMCJA untuk menentang Perjanjian Persekutuan 1948.  AB nampaknya tidak sedar sedar dengan kronologi dalam membuat catatan itu.  Ini kerana peristiwa itu berlaku tiga puluh tahun lalu.  Dari segi kronologi, API telah diharamkan pada bulan Julai tahun 1947, manakala Darurat diisytiharkan pada bulan Julai 1948, iaitu setahun sebelum AB ditangkap dan dipenjarakan selama tujuh tahun (1948 – 1955).  Maka dalam masa satu tahun ini, AB telah dapat bergerak dalam PUTERA dan bekerjasama menentang Perjanjian Persekutuan 1948.  Beliau juga terlibat dalam HARTAL yang dijalankan oleh AMCJA-PUTERA pada bulan Oktober tahun 1947.

Pengharaman API itu sebenarnya memberi kesan kepada pemuda UMNO.  Para ahli API mula menyerap masuk ke dalam UMNO, walaupun ia tidak berlaku begitu cepat.  Ini kerana sehingga tahun 1948, AB masih lagi belum ditangkap di bawah Undang-Undang Darurat.  Para ahli API masih lagi setia dengan AB, seperti yang digambarkan dalam tulisannya.  Di samping itu juga, terdapat juga sebuah pertubuhan pemuda lain yang dinamakan Ikatan Pemuda Tanah Air (PETA) pimpinan Wahi Anuar dan Pemuda Radikal Melayu (PERAM), yang tidak jelas pemimpinnya.  Menurut AB, PETA tidak dapat menggugat kesetiaan para ahli API kepadanya.  Pengaruh Wahi Anuar Cuma di Pahang sahaja.  PETA juga tidak meluas seperti API kerana Wahi Anuar bukanlah barisan pemimpin utama PKMM atau API.  Ini diakui oleh A. Samad Ismail.

Namun, selepas AB ditangkap pada tahun 1948, para ahli API mula kehilangan kepimpinan.  Mereka juga tertekan dengan Undang-Undang Darurat yang boleh menangkap mereka jika mengancam keselamatan British.  Maka pilihan yang terbuka ialah menjadi ahli Pemuda UMNO di peringkat cawangan iaitu kampung.  Perisikan British telah melaporkan hal ini dengan jelas.  Menurutnya, beberapa orang bekas ahli dan pemimpin API telah menjadi anggota UMNO dan beberapa orang daripadanya telah menjadi pemimpin pemuda UMNO.  Di Batu Pahat misalnya, Hassan bin Markom, bekas ahli dan bendahari API telah menganggotai Pemuda UMNO Batu Pahat.  Di Melaka Jaafar Tan, kawan rapat Karim Bakar, ketua latihan API, telah mengangkat sumpah memutuskan hubungannya dengan API.  Jaalam bin Othman, bekas Presiden PKMM dan ahli API, Kuala Pilah, telah dilantik menjadi ketua UMNO Kuala Pilah.

Kemasukan ahli API dalam UMNO telah mengubah matlamat perjuangan UMNO.  UMNO kini tidak lagi bergantung pada” Hidup Melayu” tetapi telah bercita-cita untuk memerdekakan Tanah Melayu.  Dengan itu, pengharaman API, walaupun mengorbankan AB, telah memberikan satu faedah yang besar kepada UMNO.  Pemuda UMNO menjadi bertambah matang dan menjadi golongan pendesak politik yang berkesan kepada UMNO.  Inilah sumbangan terbesar AB kepada UMNO.  Secara simboliknya, pengharaman API dan penangkapan AB telah menyatukan sedikit sebanyak perjuangan dan tenaga pemuda Melayu dalam satu organisasi pemuda UMNO, yang lebih sederhana, dan dapat diterima oleh kerajaan British.  Segala usaha AB yang begitu keras dan bersungguh-sungguh itu, walaupun telah dipatahkan oleh kerajaan British, tetapi telah memberikan tempias yang berkesan kepada Pemuda UMNO dan arah politik UMNO. Ia bagaikan dua buah sungai yang berlainan alur tetapi bertemu di hujung kuala yang satu, iaitu UMNO.

             
3.


Bandingkan komennya sepertimana yang dipetik oleh Bernama dengan tulisan yang kita petik itu.  Walaupun situasinya berbeza, perhatikan tautan jiwanya kepada UMNO.

Bacalah yang tersurat, dan juga telitilah segala yang tersirat dalam buku sejarawan Umno ini.

Bacalah nada tulisan ini secara keseluruhannya.

Yang lebih utama, bacalah modus operandinya yang namanya penjajah itu terhadap musuh politik yang digeruninya, baik penjajah yang sudah lama pergi maupun yang menggantikannya.  Apakah ada perbezaannya?

Lihatlah bagaimana penentang yang mereka takuti itu diamankan.  Apakah Sang Penguasa kita berbeza?

Apakah sejarah itu selalu boleh diputar dan belitkan oleh Sang Penguasa, the victor?

Apakah kita dapat melupakan pendirian angkuh-hitam-putihnya Bush yang tersohor itu, tatkala menyeru dari puncak menara White House “Either you are with them or with us”?

 Ya,  tatkala Amerika sebagai Sang Penguasa Buana itu bersiap-siap mahu menyerang Iraq kerana katanya, memiliki WMD ─ cerita bohong yang  penuh pembohongan itu?       

Manusia kapitalis sebagai binatang berkaki dua sentiasa saja mengganas demi untuk mepertahankan ketamakannya.

Manusia kapitalis sajakah yang begitu?



   

No comments: